Gambar bersama Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dengan Pengarah program Kempen Rumah Hijau serta MPP UPSI.Gambar bersama Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dengan Pengarah program Kempen Rumah Hijau serta MPP UPSI.

Oleh Lee Mun Hou

Tanjong Malim, 17 Disember 2025– Pada pagi ini telah berlansungnya kempen rumah hijau yang bertempat di Gerbang Suria, Kampus Sultan Azlan Shah anjuran Eco Campus 360. Kempen ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Inisiatif kempen rumah hijau ini adalah satu gerakan atau satu kaedah yang memberikan kesedaran kepada staff atau pelajar UPSI tentang kepentingan untuk menjaga alam sekitar bersama.

Kempen ini juga ingin menyebarkan cara dan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkatkan kelestarian alam sekitar. Tambahan pula, perkara yang patut dielakkan apabila menggunakan sumber semula jadi alam sekitar.

Ini adalah untuk mengelakkan bencana alam sekitar yang boleh berlaku akibat daripada kecuaian atau tindakan manusia seperti tanah runtuh, jerebu, banjir dan sebagainya.

Selain tu, pelabagai pelbagai aktiviti yang telah disediakan untuk meningkatkan kesedaran pelajar UPSI tentang kelestarian alam sekitar seperti membuka kad yang sama dan buang bola ping pong ke dalam cawan serta pelbagai hadian menarik juga telah disediakan.

Pengarah Program Kempen Rumah Hijau Nur Dini Adha

Pengarah Program Nur Dini Adha juga berharap agar semua pelajar dan staff UPSI untuk bekerjasama bagi menjaga alam sekitar di sekitar UPSI.

Hal ini kerana, apabila kita menjaga alam sekitar bersama, haiwan, tumbuhan dan individu yang terkesan dengan alam sekitar ini boleh memperolehi faedah masing-masing seperti kesihatan dan kelestarian alam sekitar katanya.

Akhir sekali penjagaan alam sekitar di sekitar UPSI boleh mejamin suasana yang bagus kepada generasi akan datang dan pencemaran atau bencana alam juga boleh dikurangkan. Para pelajar juga boleh belajar dalam suasana yang selesa dan sihat.