Oleh Lee Mun Hou
Tanjong Malim 17 Disember 2025– Pada pagi ini telah berlansungnya pameran menghargai kehidupan oleh pelajar ISMP Bahasa Cina yang memperkenalkan tatacara kematian kaum cina.
Pameran ini telah berlangsung pada pukul 9.00 a.m. hingga 12.00 p.m.yang bertempat di Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Program ini bertujuan untuk berkongsi dengan pelajar daripada kaum yang berlainan tentang tatacara kematian kaum cina. Perkongsian ini dibuat untuk menyebarkan budaya ini kepada pelajar daripada kaum lain tentang kepentingan tatacara ini dalam kaum cina.
Dalam program ini cara untuk melipat Yuan Bao telah diajarkan kepada peserta program tersebut. Yuan Bao merupakan sejenis jongkong emas atau berbentuk seperti satu bot. Yuan Bao sekarang adalah salah satu jenis mata wang yang digunakan oleh individu yang telah berada di alam akhirat.

Yuan Bao juga merupakan jongkong emas yang telah digunakan semasa Dinasti Cina dan boleh juga dikatakan sebagai satu bentuk tuah.
Program ini juga telah menerima sambutan daripada pelajar UPSI dan diterima secara terbuka oleh mereka. Program ini juga ingin berkongsi pengetahuan ini kepada pelajar lain semasa mereka muda kerana sikap keterbukaan mereka pada masa ini adalah tinggi.
Kesannya, apabila mereka sudah tua mereka mengetahui tentang tatacara ini dan boleh menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum cina ini.Mereka juga boleh berkongsi pengalaman mereka.
Akhir sekali pihak penganjur berkata bahawa mesej penting dalam pameran ini adalah agar semua pelajar atau manusia untuk menghargai nyawa dan tidak mengambilnya dengan mudah.
