Oleh Lee Mun Hou
Tanjong Malim, 17 Disember 2025- Program Santun Masyarakat telah dianjurkan oleh sekumpulan pelajar ISMP Bahasa Cina yang bertempat di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
Program ini telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini juga telah menerima sambutan secara hangat oleh kanak-kanak yang berada di program tersebut.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan asas dalam kemahiran hidup dan mempelajari asas dalam bahasa cina.
Selain itu, program ini ingin memperkenalkan bahasa cina terutamanya kepada kanak-kanak kerana apabila mereka diajar dari umur yang kecil mereka dapat menyerap ilmu tersebut dengan pantas.
Dalam program ini terdapat empat stesen telah disediakan oleh pelajar ISMP Bahasa Cina untuk mencapai objektif program ini.
Antaranya, stesen pertama yang memberikan latihan dalam asas kaligrafi cina dengan mengajar kanak-kanak untuk menulis menggunakan berus , stesen kedua asas dalam kemahiran hidup seperti membasuh tangan dan melipat baju secara pratikal.
Melalui ini kanak- kanak boleh membantu ibu bapa mereka untuk membuat kerja rumah dan kekal bersih serta sihat.

Selain itu stesen ketiga, mengajar kanak-kanak panggilan barang-barang yang disediakan dalam bahasa cina. Ini boleh melatih cara percakapan mereka dalam bahasa cina.
Akhir sekali stesen keempat yang melatih kanak-kanak dalam kepentingan kitar semula yang memerlukan mereka untuk membuat bekas pensil baru daripada barangan kitar semula. Kesannya, kanak-kanak dapat dilatih dalam penjagaan alam sekitar dari awal.
Seseorang daripada pihak penganjur juga berkata bahawa beliau berharap agar selepas program ini daya imaginasi dan kretiviti kanak-kanak tersebut boleh meningkat dan tidak fokus kepada satu benda sahaja agar mereka boleh mempelajari benda lain juga.

