Gambar Bersama Pengarah Program Ecolab Dengan Penilai Program Ecolab Dr Ahmad Sauffiyan bin Abu HasanGambar Bersama Pengarah Program Ecolab Dengan Penilai Program Ecolab Dr Ahmad Sauffiyan bin Abu Hasan

Oleh Lee Mun Hou

Tanjong Malim, 17 Disember 2025– Program Kempen Eco Campus 360 Ecolab telah berlansung dengan jayanya di Gerbang Suria, Kampus Sultan Azlan Shah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan prototaip yang dicipta oleh peserta Ecolab yang boleh membantu untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar. Program ini juga ingin merangsang daya pemikiran pelajar UPSI dari segi kreativiti dan inovatif.

Antara prototaip yang dipamerkan adalah bangunan STEM dan prototaip hydroponik atau akuaponik yang menggunakan ikan untuk menapis air dengan batu kelikir. Tujuan utama prototaip ini adalah untuk melestarikan alam sekitar.

Selain itu, program ecolah ini juga memberi kesedaran kepada pelajar UPSI tentang kepentingan alam sekitar dan merangsang daya pemikiran kreatif pelajar UPSI untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang berlaku di sekitar kampus UPSI.

Kesannya, kawasan sekitar UPSI akan bebas atau kurang daripada pencemaran alam yang boleh mempengaruhi suasana dalam kawasan sekitar kampus UPSI.

Gambar Prototaip Smart Vertical Aquaponic Teaching Aids (SVATA) Dengan Timbalan Pengarah Program Ecolab Siti Aisyah

Program Ecolab ini turut dikunjungi oleh Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan sebagai penilai kempen Ecolab ini. Beliau juga memberikan sokongan dan nasihat kepada pihak penganjur program ini.

Akhir sekali, Timbalan Pengarah Program Ecolab juga berharap bahawa prototaip yang dipamerkan pada hari ini yang dicipta oleh peserta Ecolab boleh dilihat dan digunakan oleh organisasi atau syarikat besar pada masa hadapan katanya.