Fasilitator membimbing peserta yang terdiri daripada komuniti rentan mempelajari teknik penghasilan bunga kawatFasilitator membimbing peserta yang terdiri daripada komuniti rentan mempelajari teknik penghasilan bunga kawat

Oleh: Nur Safia Karmiela Zawawi

​KUALA LUMPUR, 10 & 11 Januari 2026 – Program “Kehidupan, Jiwa dan Inspirasi” telah dianjurkan oleh Persatuan Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Kebajikan dan Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh sebagai satu inisiatif program pemindahan ilmu yang mensasarkan komuniti rentan.

Program ini bertujuan menyuntik semangat baharu buat komuniti rentan terutamanya golongan asnaf dan miskin bandar, dan remaja di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Peserta turut didedahkan dengan teknik pengurusan emosi
Aktiviti riadah
Aktiviti santuni gelandangan turut dijalankan diwaktu malam 

Pelaksanaan program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), iaitu SDG 1 (No Poverty), SDG 2 (Zero Hunger) dan SDG 3 (Good Health and Well-Being).

Pada hari pertama, pengisian difokuskan kepada kesejahteraan spiritual menerusi slot kerohanian dan kelas mengaji Al-Quran.

Selain itu, komuniti rentan dewasa juga turut didedahkan dengan teknik penghasilan bunga kawat dalam usaha membantu mereka meningkatkan kesejahteraan ekonomi melalui aktiviti keusahawanan.

Aktiviti santuni gelandangan turut dilaksanakan dimalam hari dengan mengagihkan makanan percuma kepada mereka.

Manakala pada hari kedua, program diteruskan dengan aktiviti yang lebih dinamik yang melibatkan anak-anak asnaf dan miskin bandar. Sesi bersama remaja ini berfokus kepada bimbingan kerjaya dan pengurusan emosi.

Sehubungan dengan itu, program ini turut menyediakan pendedahan kepada persekitaran yang berbeza bagi kanak-kanak dan remaja, sekali gus meluaskan pengalaman, membina keyakinan diri serta membuka minda terhadap peluang dan potensi masa depan, di samping menyemai semangat bekerjasama dalam pasukan.

Sebagai penutup, program “Kehidupan, Jiwa dan Inspirasi” jelas membuktikan bahawa usaha kecil yang digerakkan secara kolektif mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan memerlukan, malah berjaya menyuntik harapan baharu, meningkatkan keyakinan dan motivasi diri serta memupuk nilai kemanusiaan dalam kalangan peserta dan sukarelawan.

Kejayaan program ini wajar dijadikan contoh dan diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai individu dapat merasai manfaatnya.

Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, program sebegini berpotensi menjadi platform berkesan dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, sejahtera dan bersatu padu.