Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.

Oleh: Muhammad Akmal Danish, Nadhrah Izzati, Muhammad Nurfahkru, Rabiatul Adawiyyah

Jalan Silang,Kota Raya, Terminal Bus Station Plaza Seni & Lorong Haji Taib – Majlis Mahasiswa  Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2025/2026  dengan kerjasama Food For Gelandangan telah mengadakan satu program berbentuk  kesukarelawan kemanusiaan atau lebih dikenali sebagai Sentuhan Kasih KAB 1.0 pada hari Jumaat  bertarikh 23 Januari 2026.

Penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan ini dalam kalangan  Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki amat penting bagi menjadi titik tolak kepada usaha untuk  membantu golongan kurang bernasib baik melalui pemberian sumbangan barangan keperluan  asas.

Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang  membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan  pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.
Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang  membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan  pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.
Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang  membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan  pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.

Hal ini secara tidak langsung mampu meringankan beban mereka sekali gus membuka ruang  kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat marjinal secara lebih dekat serta menjiwai nilai  kemanusiaan.

Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri  daripada barisan Felo, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2025/2026 dan Rakan Exco  Kolej Aminuddin Baki sesi 2025/2026.

Selain itu, program ini turut menerima pelbagai jenis  sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit atau barangan daripada pelbagai pihak, termasuk  warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pihak luar, yang telah menyokong kelancaran  pelaksanaan program.

Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 sedang memasukkan  barangan- barangan keperluan asas, yang terdiri daripada makanan, barangan kebersihan diri  dan pakaian, di dalam bas sebelum memulakan perjalanan.
Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 sedang menerima taklimat  penting daripada Sir Tom dan wakil-wakil daripada Food For Gelandangan serta pembahagian  kumpulan untuk pengagihan sumbangan barangan.
Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 sedang menerima taklimat  penting daripada Sir Tom dan wakil-wakil daripada Food For Gelandangan serta pembahagian  kumpulan untuk pengagihan sumbangan barangan.

Pada hari Jumaat, 23 Januari 2026, pada jam 6.00 petang, ahli jawatankuasa pelaksana berkumpul  dan menunggu ketibaan bas.

Setelah bas tiba, semua barangan program dibungkus dan dimasukkan  ke dalam bas. Seterusnya, penandaan kehadiran ahli jawatankuasa pelaksana dijalankan, diikuti  dengan sesi taklimat ringkas sebelum perjalanan dimulakan.

Perjalanan dimulakan dengan bacaan  doa dan rombongan berhenti di R&R Sungai Buloh bagi persiapan serta menunaikan solat Maghrib  sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi program.

Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 bersama Food For  Gelandangan mengagihkan barangan seperti ubat nyamuk,makanan dan barangan keperluan  yang lain.
Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 bersama Food For  Gelandangan melawat gelandangan yang ditimpa penyakit diabetes serta mendapatkan rawatan  secara berkala oleh pihak kesihatan.
Gambar jawatakuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 bersama ahli sukarelawan  yang lain menerima taklimat ringkas berkaitan dengan perjalanan checkpoint yang kedua serta  cara logik menangani masalah tertentu.

Selepas berhenti di R&R Sungai Buloh, Ali Jawatankuasa Pelaksana bersama Felo meneruskan  perjalanan ke lokasi program yang melibatkan kawasan sekitar Jalan Silang, Kota Raya, Terminal  Bas dan Stesen LRT Plaza Seni.

Setibanya di lokasi sekitar jam 9 :15 malam, ahli jawatankuasa  pelaksana telah diberikan taklimat berkenaan aliran perjalanan aktiviti kesukarelawanan oleh  pihak Food For Gelandangan yang diketuai oleh Haji Azizan, atau lebih dikenali mesra sebagai  Sir Tom.

Beliau membimbing peserta mengenai aliran perjalanan aktiviti kesukarelawanan  tersebut serta menjelaskan bahawa terdapat empat checkpoint sepanjang kawasan tersebut, dengan  checkpoint terakhir berada di Lorong Haji Taib.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada beberapa etika,tatatertib dan adab tatasusila ketika  berinteraksi dengan golongan gelandangan.

Pihak penganjur juga menjelaskan bahawa individu di  kawasan tersebut terdiri daripada golongan gelandangan dan bukan miskin bandar, di samping  menerangkan perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut agar peserta tidak tersalah memberi label  kepada mereka.

Kami dibahagikan kepada empat kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 9–10 orang peserta. Selain itu, terdapat juga usher dan crowd control bagi memastikan perjalanan aktiviti berjalan  lancar.

Tugas usher adalah membimbing golongan gelandangan dan miskin bandar serta bertanya keperluan mereka, manakala crowd control bertanggungjawab mengawal laluan keluar masuk golongan gelandangan dan miskin bandar supaya perjalanan aktiviti lebih teratur dan sistematik.

Setiap checkpoint mempunyai pengaturan yang tersendiri. Contohnya, di Checkpoint 1 (Mydin Kota Raya), terdapat 4 orang usher, 5 orang crowd control, 7 orang penyampai barangan, dan wakil daripada Kumpulan 4 yang bertugas untuk repack barangan selepas agihan.

Susunan ini  memudahkan pelaksanaan gerak kerja dan memastikan setiap tugasan agihan barangan dijalankan  dengan lancar.

Selepas selesai di Checkpoint 1, kami bergerak ke checkpoint 2 untuk mendengar taklimat ringkas  daripada seorang wakil Food For Gelandangan. Beliau menekankan kepentingan logik berfikir dalam menilai situasi di hadapan, termasuk persekitaran seperti lampu dan peralatan sekeliling. 

Taklimat ini bertujuan membuka mata peserta terhadap kepentingan menjaga hak dan kebajikan  golongan gelandangan serta individu kurang bernasib baik, selain sebagai persediaan untuk  menangani kes tertentu dengan cara yang betul.

Selain itu, peserta turut dibimbing mengenai cara menyantuni golongan gelandangan dengan betul,  termasuk bertanya keperluan mereka dan menilai sama ada mereka memerlukan rawatan atau  bantuan lain.

Sir Tom mengarahkan kami untuk berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bergerak  mengikut arah bertentangan, terdiri daripada 7 wakil JK pelaksana bersama influencer dan doktor doktor muda mengikut Sir Tom. Manakala, kumpulan kedua dipimpin oleh seorang wakil daripada  Food For Gelandangan (FFG) melalui lintasan jalan raya, jejantas, serta kawasan gelap di sekitar  kedai-kedai. Pengaturan ini bertujuan memastikan aktiviti kesukarelawanan dijalankan dengan  selamat dan teratur.