Oleh: Muhammad Isyraf Firdaus Hassim
Kuala Lumpur, 24 April 2025 – Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk & Teknologi daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI telah menerima pengiktirafan anugerah daripada Youth Achievement Record anjuran Gen Youth Malaysia pada 24 April 2025 bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pelajar ini bernama Muhammad Isyraf Firdaus Hassim daripada Fakulti Teknikal & Vokasional UPSI telah menerima anugerah berkaitan rekod 130 sijil kursus atas talian terbanyak dalam masa 3 bulan. Sebelum memperoleh anugerah ini, terdapat beberapa kriteria yang perlu dicapai seperti memiliki rekod dalam Malaysia Book of Records dan syarat-syarat lain yang berkaitan bagi melayakkan diri mencapainya.


“Semangat, disiplin, fokus dan konsisten” dalam melakukan sesuatu perkara mendorong pencapaian ini dicapai. Apabila semangat serta diiringi doa, sudah pasti segalanya dapat dicapai. Ujarnya lagi, ibu bapa merupakan pendorong utama dalam mencapai kejayaan ini. Setiap perkara dilakukan dengan niat ingin mengharumkan nama kedua-dua ibu bapa tercinta. Melihat kedua-dua ibu bapa gembira merupakan tekad dan niat utama dalam mencapai kejayaan. Ibu bapa juga sentiasa mendoakan anak-anak mereka pada setiap masa; doa mereka tiada hijab.


Tekad yang kuat dalam diri saya juga menjadi pendorong utama yang menguatkan semangat untuk sentiasa melakukan yang terbaik pada setiap masa, sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kehidupan seharian. Sepanjang perjalanan hidup ini, saya juga pernah melalui kegagalan dan kejatuhan yang pelbagai, namun pengalaman tersebut tidak pernah mematahkan semangat saya. Sebaliknya, kegagalan itu menjadi pengajaran yang sangat berharga dan mematangkan cara pemikiran serta tindakan saya.
Saya percaya bahawa sifat tidak mudah berputus asa mampu membentuk kecemerlangan dalam diri seseorang secara berterusan. Kegagalan sekali bukanlah bermakna kita akan gagal selamanya, sebaliknya ia adalah satu proses pembelajaran menuju kejayaan. Oleh itu, saya sentiasa berusaha memperbaiki diri, meningkatkan kemahiran dan mencari peluang untuk terus maju sehingga mencapai kejayaan yang diimpikan.


Pepatah mengatakan bahawa “Sikap dan disiplin mampu mengalahkan bakat”, dan saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana tanpa disiplin dan usaha yang konsisten, bakat semula jadi tidak akan berkembang dengan baik. Idola saya, Cristiano Ronaldo, juga pernah berkata bahawa “Talent without work is nothing”, yang bermaksud bakat tanpa usaha tidak membawa sebarang makna. Kata-kata ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada saya untuk terus bekerja keras, berdisiplin dan bertekad dalam mengejar impian serta cita-cita hidup.
Rekod dan pencapaian dalam anugerah ini tidak mudah untuk dicapai, maka saya amat bersyukur kerana diberikan peluang ini bagi meningkatkan pencapaian dalam hidup.
Kejayaan ini juga turut meletakkan beliau sebagai pencapaian tertinggi pelajar UPSI bagi tahun 2025 bagi bulan april.
