Oleh : Siti Nurhafizah Mohd Roseki
Tanjung Malim, 12 Mac 2026 – Program Lailatul Qadar: Menghidupkan Malam, Menggapai Keampunan telah berlansung dengan jayanya pada pukul 8:30 pagi sehingga 11:00 pagi di platform Google meet.
Program dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.
Program ini bertujuan menggalakkan umat Islam untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah serta mengharapkan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Muhammad Syahir Mohd Zamzari yang menzahirkan rasa syukur atas kelancaran penganjuran program Lailatul Qadar: Menghidupkan Malam, Menggapai Keampunan.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta berharap agar para peserta dapat memanfaatkan pengisian yang disampaikan untuk menghidupkan malam malam terakhir Ramadan dengan amalan yang lebih bermakna.
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh perasmi program iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan yang menekankan kepentingan merebut peluang pada sepuluh malam terakhir Ramadan, khususnya dalam mencari keberkatan malam Lailatul Qadar.
Beliau turut menggalakkan para peserta untuk menghidupkan malam tersebut dengan pelbagai amalan ibadah serta berharap program ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan malam yang penuh keampunan ini.
Sesi fotografi pertama telah diadakan sebagai kenangan sepanjang berlangsungnya program Lailatul Qadar: Menghidupkan Malam, Menggapai Keampunan.
Sesi ini melibatkan barisan penganjur, perasmi serta para peserta sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap penglibatan mereka dalam menjayakan program tersebut.
Sesi perkongsian telah berlangsung dengan penyampaian input yang bermanfaat oleh Da’i Wan Dazrin berkaitan keistimewaan malam Lailatul Qadar serta cara menghidupkannya dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam.
Para peserta turut berpeluang menimba ilmu dan mendapatkan panduan bagi memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan lebih bermakna.
Sesi fotografi kedua telah diadakan pada penghujung program sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.


Sesi ini turut menjadi simbol penutup kepada program Lailatul Qadar: Menghidupkan Malam, Menggapai Keampunan yang telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian bermanfaat.
