PETA’ 26 mendapat sambutan positif daripada penduduk kampung orang asli Sungai Perah, Perak yang menunjukkan komitmen mahasiswa dalam memperkasakan kebajikan dan pembangunan masyarakat luar bandar.PETA’ 26 mendapat sambutan positif daripada penduduk kampung orang asli Sungai Perah, Perak yang menunjukkan komitmen mahasiswa dalam memperkasakan kebajikan dan pembangunan masyarakat luar bandar.

SUNGAI PERAH, PERAK – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Penginapan dan Kebajikan Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKKHAR) serta rakan kolaborasi telah berjaya menganjurkan program PETA’26: Pemangkin Transformasi Anak Desa di Kampung orang Asli, Sungai Perah, Perak yang diadakan pada 10 dan 11 April 2026.

Progam ini juga melibatkan beberapa orang mahasiswa daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), yang telah membantu menjayakan program ini.

Program ini dijalankan bagi memperkasakan dan menjaga kebajikan masyarakat pedalaman melalui pelbagai inisiatif yang memberi penekanan kepada aspek kebajikan penduduk setempat.

Aktiviti Gotong royong membersihkan sekitar halaman kampung orang asli Sungai Perah. Perak
Lawatan tautan kasih bersama pengarah program dan mahasiswa
Sumbangan asas berupa makanan seperti minyak, beras, telur dan lain-lain serta lawatan tautan kasih di sekitar kampung orang asli Sungai Perah, Perak.

Sepanjang pelaksanaan program, pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti gotong royong, ramah mesra dan lawatan tautan kasih, dapur kasih MADANI, sukaneka keluarga, saringan kesihatan percuma, servis gunting rambut percuma dan banyak lagi.

Program ini membantu menzahirkan kepedulian terhadap kesejahteraan penduduk di kawasan pedalaman. Usaha ini mencerminkan keprihatinan mahasiswa terhadap komuniti luar bandar, selari dengan tujuan menyemai nilai kebajikan, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Program yang dijalankan ini mampu memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan pembangunan sosial dan kepentingan aktiviti kebajikan yang memberi manfaat secara menyeluruh.

Aktiviti gotong royong merupakan aktiviti pertama mahasiswa sejurus sampai di kampung orang Asli sungai Perah, Perak.

Ramah mesra dan lawatan tautan kasih ke rumah seterusnya sekitar kampung orang asli sungai perah, perak.
Menonton wayang pacak filem P. Ramlee Pendekar Bujang Lapok bersama penduduk kampung.
Aktiviti bergambar bersama-bersama penduduk kampung orang asli setelah selesai menonton wayang pacak.

Aktiviti gotong royong yang melibatkan mahasiswa dan beberapa komuniti kampung mampu menyemai rasa tanggungjawab dan nilai murni dalam diri mahasiswa.

Aktiviti beramah mesra dan lawatan tautan kasih telah dijalankan dari rumah ke rumah. Perkara ini bagi membantu dari aspek keperluan asas dan meringankan beban mereka.

Terdapat juga penduduk yang mempunyai masalah kesihatan, kekurangan dari aspek fizikal dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, sumbangan ini bertujuan untuk membantu menceriakan penduduk Kampung orang asli Sungai Perah, Perak sejurus menyemai rasa tanggungjawab dalam diri mahasiswa.

Pada malam hari, Aktiviti wayang pacak iaitu menonton filem P.Ramlee bersama komuniti kampung telah diadakan bagi menceriakan penduduk kampung.

           Penduduk kampung mengisi borang untuk melakukan saringan kesihatan   secara percuma.
       Peta’26 juga menyediakan servis gunting rambut percuma kepada komuniti orang asli bagi membantu dan memceriakan penduduk.  
               Aktiviti pemanasan badan bersama komuniti orang asli sebelum aktiviti sukaneka.

Mahasiswa bepeluang untuk berinteraksi dan bergurau senda bersama penduduk kampung yang membantu mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan penduduk kampung.

Pada 11 April 2026 iaitu hari kedua, aktiviti saringan kesihatan secara percuma telah diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat, Aktiviti saringan kesihatan ini bertujuan membantu komuniti orang asli memantau tahap kesihatan mereka secara berkala.

Pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma bagi menceriakan dan membantu meringankan beban mereka. Perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang baik terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Aktiviti sukaneka telah dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan komuniti orang asli. Pelbagai acara menarik telah dijalankan dengan penyertaan yang menggalakkan.

                Aktiviti sukaneka diadakan bagi merapatkan lagi hubungan mahasiswa dan penduduk kampung di sana.
Refleksi daripada penduduk orang asli yang menyertai aktiviti sukaneka membantu menambahkan lagi keyakinan diri peserta.

Di akhir program, wakil komuniti orang asli telah memberikan refleksi positif serta menyatakan penghargaan terhadap usaha penganjur dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Pada acara penutup, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyatakan penghargaan terhadap program yang telah dijalankan dan beliau juga berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Pengarah program, Siti Mastura Mohd Radzi berkata, Program ini membawa tema “Dari Kampus ke Komuniti: Membina Ikatan, Menyemai Kasih”, yang menggambarkan usaha membina hubungan erat antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat melalui sesi bimbingan, perkongsian ilmu serta interaksi pendidikan bersama komuniti setempat.

Pelaksanaan program ini melibatkan penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi sebagai sukarelawan bersama komuniti Kampung Orang Asli Sungai Perah dan Kampung Chopin Kanan, dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah, JAKOA, agensi kerajaan serta organisasi bukan kerajaan yang berkaitan.

Beliau juga berharap agar program ini bukan sekadar menjadi satu aktiviti sukarelawan sementara, tetapi mampu meninggalkan impak yang berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.

Semoga pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan keyakinan diri peserta, menyemai semangat kepedulian sosial serta menjadi inspirasi kepada generasi muda di kawasan desa untuk terus mengejar ilmu dan masa depan yang lebih baik.

            Ucapan penghargaan daripada pihak JAKOA terhadap penganjuran program PETA’S6
                 Aktiviti bergambar bersama rakan kolaborasi, mahasiswa, dan penduduk orang asli setelah program berlangsung

Beliau juga menyatakan hasrat agar jalinan hubungan yang terbina antara mahasiswa dan komuniti melalui program ini akan terus berkekalan serta membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama pada masa akan datang.

Penganjuran PETA’26 diharapkan mampu menjadi pemangkin transformasi positif kepada komuniti setempat serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan komuniti luar bandar, sekali gus memberikan impak yang positif dari segi mental dan fizikal penduduk luar bandar.