Sesi bergambar panel juri bersama para peserta dan barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana ProgramSesi bergambar panel juri bersama para peserta dan barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program

Oleh : Muhamad Izan Hafizul Rasyid

TANJONG MALIM, 6 Jun 2026 – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) telah berjaya menganjurkan UPSI Studentpreneur Summit – Pitching Competition (USS’PC), sebuah platform pembangunan bakat keusahawanan yang bertujuan mencungkil, membimbing dan mengetengahkan potensi usahawan muda dalam kalangan mahasiswa UPSI.

Program yang berlangsung di Student Lounge, Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) ini menghimpunkan mahasiswa yang memiliki perniagaan sedia ada serta idea perniagaan yang berpotensi untuk dipersembahkan kepada panel profesional. Sebagai galakan kepada peserta , pemenang diberikan tajaan tapak perniagaan di Cibo Market, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan dalam persekitaran pasaran sebenar.

Barisan Juri mengambil tempat dan bersedia sebelum pertandingan dijalankan
Sesi pembentangan daripada syarikat Plethora

Pertandingan ini dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada En. Mat Zamri bin Muhammad, Penolong Akautan, Jabatan Bendahari UPSI; Profesor Madya Dr. Azila binti Abdul Razak, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI; dan Saudara Muhamad Nur Syahir bin Mohd. Nordin, Pemenang Tempat Kedua Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (AKKPT).

Sebanyak lima syarikat mahasiswa telah menyertai pertandingan ini ialah Plethora, Hicups Cafe & Kotakorked, MatchAmi, Extrax Boost dan Chicha. Dua kategori utama dipertandingan iaitu Perniagaan Terbaik dan Pembentang Terbaik.

Bagi Kategori Perniagaan Terbaik, Hicups Cafe dan Kotakorked muncul juara dan membawa hamper seta tajaan tapak di Cibo Market selama setahun. Naib Johan pula dimenangi oleh syarikat MatchAmi , manakala Tempat ketiga dimenangi oleh Syarikat Extrox Boost.

Sesi pembentangan daripada syarikat Hicups Cafe & Kotakorked
Sesi pembentangan daripada syarikat MatchAmi
Sesi pembentangan daripada syarikat Extrox Boost

Dalam Kategori Pembentang Terbaik, Saudara Mohammad Farid bin Amri daripada Hicups Cafe & Kotakorked dinobatkan sebagai johan. Tempat Kedua dimenangi oleh Saudari Amirah Nuraini Hakimie binti Zamani daripada MatchAmi, manakala Tempat ketiga disandang oleh saudara Nur Aiman Aidil Abdul Hadi wakil daripada Extrox Boost.

Menurut Pengetua UKLK, Profesor Madya. Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob, USS’PC bukan sekadar pertandingan, malah merupakan platform pembangunan kompetensi mahasiswa dalam bidang keusahawanan.

Panel juri memberikan hadiah perniagaan terbaik bagi pemenang Johan iaitu syarikat Hicups Cafe & Kotakorkeb
Panel juri memberikan hadiah perniagaan terbaik bagi pemenang Naib Johan iaitu syarikat MacthAmi
Panel juri memberikan hadiah perniagaan terbaik bagi pemenang Tempat Ketiga iaitu syarikat Extrox Boost

“Program ini juga mampu menerapkan semangat keusahawanan, meningkatkan keyakinan diri serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang perniagaan, inovasi dan strategi membina jenama yang kompetitif”, ujar beliau.

Ketua Juri, En. Mat Zamri bin Muhammad memuji tahap kematangan idea perniagaan dan kualiti pembentangan yang ditunjukkan oleh peserta, yang disifatkan mempunyai potensi besar untuk berkembang pada masa hadapan.

Sementara itu, pengarah program, saudara Mohamad Ikram Hakimie bin Nekson melahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran program serta merakamkan penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan USS’PC 2026.

Panel juri memberikan hadiah pembentang terbaik bagi pemenang Johan iaitu saudara Mohammad Farid bin Amri
Panel juri memberikan hadiah pembentang terbaik bagi pemenang Naib Johan iaitu saudari Amirah Nuraini Hakimie binti Zamani
Panel juri memberikan hadiah pembentang terbaik bagi pemenang Tempat Ketiga iaitu saudara Nur Aiman Aidil Abdul Hadi

“USS’PC membuktikan komitmen UKLK dan UPSI dalam memperkasakan agenda keusahawanan mahasiswa . Program ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk mengetengahkan idea perniagaan , malah membina keyakinan, kemahiran komunikasi dan daya saing mahasiswa sebagai usahawan masa hadapan.”

Sesi ulasan ketua juri memberikan ulasan secara menyeluruh kepada para peserta
Ucapan pengarah program dalam majlis penutupan
Sesi bergambar panel juri bersama para peserta dan pemenang

Penganjuran USS’PC 2026 dilihat sebagai satu inisiatif berimpak tinggi yang menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan universiti secara mampan. Melalui pendedahan kepada proses pitching, penilaian industri dan peluang komersialan, program ini berjaya meperkukuh budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta menyumbang kepada usaha melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah berupaya menjadi pencipta pekerjaan dan pemacu ekonomi masa hadapan.