Oleh: Nur Izra Izzati Balqis Bakri & Dr Mohamad Ihsan Muhamad Ismail,
TANJUNG MALIM, 18 Mei 2026 – Dewan SITC, KSAJS telah berlangsungnya Program “Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi AT-33 X Riang Ria dengan penuh kemeriahan. Program ini merupakan hasil kolaborasi istimewa antara Exco Akademik dan Kerjaya (EDEX) dan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (TREX), Persatuan Geografi (PERGEO) sesi 2025/2026.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang yang mencapai kecemerlangan akademik dan sekaligus meraikan sambutan hari raya di Persatuan Geografi. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dan warga fakulti serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.



Program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan Baik, SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan), SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh). Program ini telah disertai oleh 241 orang aktivis Pergeo yang terdiri daripada semester satu hingga semester tujuh.
Program ini dirasmikan oleh Dr. Vasanthan A/L Gurusamy selaku Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Fakulti Sains Kemanusiaan dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Ismail selaku Timbalan Dekan (Jaringan Industri & Pengkomersilan), Prof Madya Dr. Hanifah binti Mahat (Ketua Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Fakulti Sains Kemanusiaan) serta pensyarah-pensyarah Jabatan Geografi yang lain.



Program ini dihiasi oleh penyampaian sijil kecemerlangan kepada aktivis PERGEO yang memperoleh Dekan, Kelas Pertama dan PNGK 4.00 dalam peperiksaan semester lepas. Tujuan acara ini diadakan bagi menghargai titik peluh aktivis PERGEO dalam mencapai kejayaan dan menjadi wadah dalam menghargai jasa tenaga pengajar.
Program ini diceriakan lagi dengan pertandingan video persembahan dan busana terbaik antara aktivis PERGEO. Pertandingan ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang X Riang Ria Bersama Pergeo.



Secara keseluruhan, program “Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang AT-33 X Riang Ria” mencapai objektif iaitu, memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan pensyarah sekaligus membangkitkan semangat peserta untuk mencapai kecemerlangan pada semester yang akan datang. Penganjur berharap program ini dapat memberikan motivasi kepada para peserta untuk sentiasa berjaya dalam akademik di semester yang akan datang.


