Dr Luqman sedang memberi tazkirahDr Luqman sedang memberi tazkirah

oleh Arissa Hasya Auni

Tanjung Malim, 7 Ogos 2026  –  Pejabat Karang Mengarang (PKM) menjadi hos penganjuran Majlis Portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan InovasI (TNC (PI) Bermunajat yang berlangsung pada hari ini di Ruang Pembelajaran, Aras Bawah, Kompleks RMIC.

Sempena majlis ini, PKM menjemput Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan), Ustaz Ah-Luqman Al-Hakim Che’ Zahari berkongsi dengan hadirin berkaitan kisah para nabi seperti Nabi Yusuf dan Nabi Musa yang dikaitkan dengan tugas dan amanah dalam bekerja.

Profesor Dr Suriani Ketika Berucap
Antara staf yang hadir
Antara staf yang hadir

Majlis yang dipengerusikan oleh Muhammad Izzat Safwan Abdul Halim ini dengan dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan kemudiannya mendengar tazkirah ringkas. Program  ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar bersama Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah dan diakhiri dengan jamuan minum pagi pada jam 9.41 pagi.

Antara staf yang hadir
Antara staf yang hadir
Antara staf yang hadir

Profesor Dr Suriani dalam ucapannya mengingatkan warga Portfolio Penyelidikan dan Inovasi untuk sentiasa mendahulukan organisasi berbanding diri sendiri seperti yang diminta oleh Naib Canselor.

”Kerana ada UPSI, kita berada di sini. Jadi kita kena sentiasa bawa dan dahulukan organisasi” tambah Profesor Dr Suriani.

Pada akhir ucapan, beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka dan meminta PTj mengibarkan bendera sepanjang bulan Ogos 2026 ini.

Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata majlis ini dihadiri lebih 50  orang staf yang terdiri daripada staf Pejabat TNC (PI), RMIC, NICE, dan NCDRC. Menurutnya lagi, program ini bulanan ini dianjurkan secara bergilir oleh PTj di bawah portfolio TNC PI. PKM akan menganjurkan majlis yang serupa pada DIsember 2026 nanti.