Oleh: Dr. Vestly Kong Liang Soon & Pollie Lim Poh Yue

Pulau Pinang, 24 Oktober 2024 – Dr. Vestly Kong Liang Soon juga merangkap Jurulatih Persatuan Bulan Sabit Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah mengendalikan kursus FIRST AIDER IN EVERY HOME (FAIEH) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan Murid Aliran Perdana di negeri Pulau Pinang.

Kursus FAIEH ini bertujuan mendedahkan peserta tentang apa itu pertolongan cemas. Peserta diajar bagaimana cara membuat panggilan sewaktu kecemasan. Jenis-jenis kecederaan atau kemalangan yang sering terjadi di rumah mahupun di tempat awam. Semua peserta dikehendaki melakukan simulasi kaedah pertolongan cemas CPR juga dikenali sebagai Cardio-Pulmonary Resuscitation serta cara penggunaan alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam. 

Dr. Vestly Kong Liang Soon juga selaku pensyarah kanan Fakulti Pembangunan Manusia, Jabatan Pendidikan Khas berpendapat bahawa kursus ini merupakan inisiatif yang baik yang dilakukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Georgetown Utara, Pulau Pinang. Kursus ini memberikan pelbagai pengalaman dan ilmu yang berharga buat semua ahli Pengakap Pendidikan khas dan peserta yang terlibat sepanjang kursus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Georgetown Utara, Pulau Pinang atas jemputan tersebut. Ucapan penghargaan juga turut dirakamkan kepada SMK Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang, SJK(C) Phor Tay dan SJK(C) Perempuan Cina kerana berjaya menjayakan kursus ini secara bersama-sama. Diharapkan program seumpama menjadi medium penyebaran ilmu pengetahuan dan dijalankan dengan lebih giat.