Oleh: Puan Bazliah Mahmud

Tanjong Malim, 16 April 2025 – Program Training of Trainers (ToT) Modul Praktikal Ibadah dan Pembangunan Insan 2025 atau dikenali sebagai MIHRAB (Membangun Insan Holistik, Rasional, Beradab dan Berakhlak) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar Pusat Islam dan Perkarangan Masjid Al-Mursyidin.

Program Ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI bagi tujuan pemerkasaan ibadah dan pembangunan insan mahasiswa.

Seramai 80 orang fasilitator telah dipilih oleh Pusat Islam dan Pusat Kaunseling untuk melaksanakan Modul MIHRAB merangkumi topik Feqah, Tauhid & Tasawuf yang diurusetiakan oleh Pusat Islam serta topik Nilai Hidup, Ilmu & Amal dan Spiritual & Kecerdasan Emosi oleh Pusat Kaunseling.

Semoga pelaksanaan Program MIHRAB akan memberikan manfaat ke arah kemenjadian mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang holistik.