Pasukan SRSB bersama guru pembimbing di Program Edu@Innovate 2025, UPSI.Pasukan SRSB bersama guru pembimbing di Program Edu@Innovate 2025, UPSI.

Oleh: Noor Syahirah Che Mansor dan Dr Kama Shaffeei

Tanjong Malim, 21 Mei – Seramai lapan orang warga Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah mengharumkan nama sekolah apabila menyertai program Edu@Innovate 2025 yang berlangsung pada 19 hingga 20 Mei 2025 baru-baru ini.

Program memberi penekanan kepada inovasi dalam pendidikan sains dan teknologi ini telah menyaksikan penglibatan dua orang guru pembimbing bersama enam orang murid mewakili SRSB dalam pertandingan Photosynthesis Challenge, sebuah projek berasaskan konsep biologi dan kemampanan alam.

Dua orang guru pembimbing yang terlibat ialah Cikgu Noor Syahirah Che Mansor dan Cikgu Sharifah Nuraini Syed Fesal, manakala barisan murid yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada Raed Aydan Razmi Noh, Nursafiyyah Humaira Mohamad Syafiq, Syed Isa Zaenal Abidin Syed Hussien, Nusayba Ahmad Rizuan, Amna Al Fatihah Muhammad Ghazawi, dan Luqman Rafiq Mohd Aqi.

Pasukan SRSB telah berjaya meraih Bronze Award bagi projek “Photosynthesis Challenge” yang memperlihatkan kreativiti dan pemahaman mendalam para peserta terhadap proses fotosintesis melalui pendekatan saintifik dan interaktif.

Persembahan projek “Photosynthesis Challenge”
oleh murid SRSB yang meraih Bronze Award.
Projek fotosintesis SRSB yang memenangi Bronze Award
di Edu@Innovate 2025.

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kerjasama erat antara guru dan murid, potensi sebenar pelajar sekolah rendah mampu diketengahkan di platform berprestij. Penyertaan ini juga mencerminkan komitmen SRSB dalam menyemai budaya inovasi dan pemikiran saintifik dalam kalangan warga sekolah.

Program seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada murid terhadap dunia sains dan teknologi, malah turut memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan komunikasi berkesan antara ahli pasukan.

Kejayaan pasukan SRSB dalam program Edu@Innovate 2025 menjadi bukti kesungguhan sekolah dalam melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mampu mencipta impak melalui inovasi dan daya cipta.