pengetahuan dan minat murid-murid ke arah bidang Sains selari dengan aspirasi negara. Barisan fasilitator bersama pensyarah pembimbing Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematikpengetahuan dan minat murid-murid ke arah bidang Sains selari dengan aspirasi negara. Barisan fasilitator bersama pensyarah pembimbing Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik

Oleh: Pn. Mazlina Mat Darus dan Dr. Nurul Syafiqah Yap Abdullah

IPOH, 25 JUN 2025 – Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menerima mandat jemputan untuk bersama menjayakan program ‘Physics Academic Team High Score Achiever’ (PATHSA) yang berlangsung pada 24-25 Jun 2025 bertempat di SM Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Program ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Fizik, UPSI bersama Panitia Fizik Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Panitia Fizik Daerah Kinta Utara dan Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara sebagai persediaan dalam menghadapi SPM 2025 dengan mengambil langkah yang drastik dalam menyasarkan keputusan yang cemerlang iaitu A+ dalam Fizik.

Persediaan bagi menjayakan program ini telah bermula sebulan lebih awal iaitu pada bulan Mei yang

melibatkan 45 orang pelajar program Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik (Semester 2) untuk menyediakan aktiviti bercorak ‘hands-on’.

Taklimat awal oleh Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Ketua Jabatan Fizik
Taklimat awal oleh Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Ketua Jabatan Fizik
Sesi pembentangan bersama pensyarah sebagai persiapan terakhir sebelum bertolak ke STAR, Ipoh.

Proses kerja melibatkan pembinaan model yang membincangkan tajuk-tajuk seperti prinsip Archimedes, Transistor, Leraian Daya, Motor dan Janakuasa, serta tajuk Kanta dan Cermin. Para pelajar ini telah dibimbing oleh beberapa orang pensyarah iaitu Dr. Nurul Syafiqah Yap Abdullah, Pn. Mazlina Mat Darus, Dr. Mohd Faudzi Umar, Dr. Mohd Ikhwan Hadi Yaacob, Dr. Tho Siew Wei dan Dr. Afiq Radzwan.

Peranan para pelajar ini adalah sebagai fasilitator kepada 45 orang ‘guru-guru muda’ yang merupakan wakil pelajar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Pengajaran konsep leraian daya kepada murid-murid
Pengajaran konsep leraian daya kepada murid-murid
Pengupasan soalan-soalan SPM tahun-tahun sebelum

Kemuncak program telah berlangung selama 2 hari bertempat di STAR, Ipoh yang melibatkan seramai 225 pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah menengah Daerah Kinta Utara yang terpilih.

Objektif Program PATHSA adalah untuk membantu memfokuskan teknik menjawab soalan pemahaman konsep fizik dalam soalan SPM sebenar dan soalan percubaan tahun-tahun sebelum melalui teknik Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

Program ini adalah berkonsepkan Training of Trainers (ToT) yang bertujuan untuk melatih dan menggilap pemahaman konsep dalam kalangan pelajar-pelajar yang hadir dalam program ini dengan harapan mereka ini kemudiannya berupaya untuk membimbing dan melatih rakan-rakan lain di sekolah masing-masing.

Program ini penting dalam usaha membantu pelajar fizik meningkatkan pemahaman konsep fizik dalam menguasai soalan struktur dan soalan esei. Bagi para pelajar UPSI pula aktiviti ini telah memberi pendedahan awal dalam mempersiapkan diri mereka untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi.

Pengupasan soalan-soalan SPM tahun-tahun sebelum
Antara barisan fasilitator program

Program yang dilaksanakan ini berjaya memperkukuhkan hubungan antara komuniti sekolah dan UPSI dalam pembangunan modal insan yang berdaya saing selaras dengan inisiatif BITARA UPSI 2.0 iaitu menjadikan UPSI sebagai universiti peneraju kebitaraan dalam pendidikan di Malaysia dan peringkat global.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi memupuk lagi pengetahuan dan minat murid-murid ke arah bidang Sains selari dengan aspirasi negara.