Penyerahan Bakul Ihsan MADANI kepada mangsa banjir oleh ResQ Team UPSI di Beruas, PerakPenyerahan Bakul Ihsan MADANI kepada mangsa banjir oleh ResQ Team UPSI di Beruas, Perak

7 November 2025, Beruas, Perak – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui ResQ Team UPSI menyerahkan 50 pek sumbangan Bakul Ihsan MADANI kepada mangsa banjir di Beruas, Perak.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil UPSI yang diketuai oleh Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Dr. Mohd Azlan Nafiah kepada wakil komuniti. Setiap bakul ihsan mengandungi keperluan asas seperti gula, garam, biskut dan makanan kering untuk membantu meringankan beban keluarga yang terjejas.

Menurut beliau, inisiatif ini bukan sekadar sumbangan barangan keperluan asas, tetapi mencerminkan tanggungjawab sosial universitidalam mendekatkan dunia pendidikan tinggi dengan denyut nadi masyarakat.

Sumbangan Bakul Ihsan MADANI
Gerak kerja ResQ Team dalam sesi penyerahan Bakul Ihsan Madani

“Kami berharap agar bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan menjadi sinar semangat kepada mereka untuk bangkit semula”.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata program tanggungjawab sosial ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komitmen UPSI dalam mendukung agenda Malaysia MADANI, dengan menzahirkan nilai-nilai ihsan, kasih sayang dan kepedulian terhadap masyarakat yang terkesan akibat bencana alam.

“Kita mahu warga UPSI menjadi sumber kekuatan kepada komuniti melalui gerak kerja universiti yang turun padang, membantu, memahami kesusahan rakyat, dan menzahirkan makna sebenar pendidikan berteraskan insan”.

“Warga UPSI senantiasa mendoakan kesejahteraan mangsa yang terlibat dan berharap situasi banjir di daerah ini akan surut dan beransur pulih seperti biasa”.