Oleh Sharifah Aida Amira
Tanjung malim, 26 oktober 2025 – Program Reset & Recharge KAHS! 1.0 telah berlangsung dengan jayanya sebagai inisiatif bersepadu yang menyatukan warga kolej, khususnya penghuni Blok A dan Blok B, melalui gabungan aktiviti sihat, menyeronokkan dan berimpak sosial.
Hari program dibuka dengan senamrobik pagi yang bukan sahaja menyegarkan tubuh dan minda, tetapi turut membangkitkan aura positif dan semangat kekitaan di kalangan peserta.
Seterusnya, gotong-royong dijalankan di sekitar kawasan kolej, menekankan tanggungjawab bersama, keprihatinan terhadap persekitaran, dan nilai kerjasama yang tinggi.
Acara diteruskan dengan sukan rakyat seperti tarik tali dan bola beracun yang menguji ketangkasan, strategi, dan semangat setiakawan.
Gelak tawa, sorakan dan keakraban memenuhi kawasan kolej, mengeratkan hubungan antara blok dan mewujudkan komuniti harmoni.
Kehadiran pihak pengurusan kolej memberikan sokongan moral dan memperkukuh interaksi mesra antara pelajar dan pentadbir.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sekadar riadah, tetapi platform membina komuniti kolej yang aktif, prihatin, dan bersatu, sambil memupuk kesejahteraan fizikal dan mental.
Inisiatif ini diharapkan dapat diteruskan dengan penglibatan lebih luas termasuk semua blok perempuan pada masa akan datang, bagi memantapkan nilai sihat, harmoni dan proaktif dalam kalangan warga KAHS.
