1. Seramai 250 peserta yang terdiri daripada warga UPSI dan komuniti Muallim menyertai Program EMOCARE 2026 Siri 3: BREATHE RUN 2026 yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.1. Seramai 250 peserta yang terdiri daripada warga UPSI dan komuniti Muallim menyertai Program EMOCARE 2026 Siri 3: BREATHE RUN 2026 yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Oleh: Muhammad Syamim Aiman Abd Hamid

TANJONG MALIM, 27 Jun 2026 – Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan Program EMOCARE 2026 Siri 3: BREATHE RUN 2026 bertempat di Padang Kawad, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI dengan penyertaan seramai 250 peserta yang terdiri daripada warga UPSI dan komuniti Muallim.

Peserta mengikuti sesi pemanasan badan sebagai persediaan sebelum pelepasan larian.
Peserta berkumpul di garisan permulaan sebelum memulakan larian sempena Program EMOCARE 2026 Siri 3: BREATHE RUN 2026
Para peserta menyusuri laluan larian di sekitar Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI dalam suasana yang penuh semangat.

Program yang bertemakan “Run to Breathe, Pause to Heal” ini merupakan salah satu pengisian di bawah inisiatif EMOCARE 2026 yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling UPSI sebagai platform berterusan dalam memperkasakan kesejahteraan mental, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mengukuhkan jaringan kolaborasi antara universiti dan komuniti. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keseimbangan antara kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan serta penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

Wellness on Wheels (WOW) daripada Wellness Hub Muallim turut menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan kepada peserta sepanjang program berlangsung.
En. Muhammad Syamim Aiman menyampaikan ucapan alu aluan sempena Majlis Perasmian Program EMOCARE 2026 Siri 3: BREATHE RUN 2026.
Pengarah Program, En. Muhammad Syamim Aiman bersama Dr. Pau Kee, Pengarah Pusat Kaunseling UPSI dan wakil Wellness Hub Muallim merasmikan Program EMOCARE 2026 Siri 3: BREATHE RUN 2026.

Program ini diketuai oleh Encik Muhammad Syamim Aiman Bin Abd Hamid selaku Pengarah Program yang juga merupakan kaunselor di Pusat Kaunseling UPSI. Dengan sokongan jawatankuasa pelaksana serta kerjasama rakan strategik, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam usaha memperkukuh kesejahteraan mental melalui pendekatan yang holistik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Pau Kee, Pengarah Pusat Kaunseling UPSI yang menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkukuh kesejahteraan mental dan fizikal dalam kalangan warga universiti serta masyarakat setempat.

Penyampaian sijil penghargaan kepada Wellness Hub Muallim sebagai rakan kolaborasi strategik yang bersama sama menjayakan BREATHE RUN 2026.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta bertuah bagi kategori 5KM Challenge Run.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa usaha mempromosikan kesihatan mental perlu dilaksanakan secara berterusan melalui pendekatan yang inklusif dan dekat dengan masyarakat.

“Kesihatan mental bukan sekadar berkaitan pengurusan emosi, malah turut dipengaruhi oleh amalan gaya hidup sihat, aktiviti fizikal dan hubungan sosial yang positif. Program seperti BREATHE RUN menjadi platform yang signifikan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa kesejahteraan mental adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program termasuk sesi senamrobik bersama Wellness Hub Muallim, BREATHE Moment (Mindful Breathing), 3KM Family Friendly Fun Run, 5KM Challenge Run, penyampaian medal finisher, cabutan bertuah serta penyertaan Wellness on Wheels (WOW) yang menawarkan saringan komposisi badan, saringan kecergasan dan aktiviti interaktif kepada para peserta. Kehadiran vendor turut memeriahkan suasana program dan memberi nilai tambah kepada pengalaman peserta.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan strategik dan penaja. Wellness Hub Muallim bertindak sebagai rakan kolaborasi utama dengan mengendalikan sesi senamrobik serta menyediakan perkhidmatan Wellness on Wheels (WOW). JHC Express Sdn. Bhd. pula telah menaja Water Station bagi memastikan keperluan hidrasi peserta sepanjang larian, manakala XVGZ (Extragavanza Futsal) telah menaja hadiah cabutan bertuah berupa Jersi World Cup, sekali gus menambahkan keterujaan para peserta.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta bertuah bagi kategori 5KM Challenge Run.
Gambar peserta berehat dan bergambar selepas tamat larian
Gambar peserta berehat dan bergambar selepas tamat larian

Objektif program berjaya dicapai melalui penglibatan aktif peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Selain memupuk budaya hidup sihat, program ini turut meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, menggalakkan amalan kesejahteraan kendiri serta mengeratkan hubungan antara warga universiti dan komuniti setempat melalui aktiviti yang bersifat inklusif dan mesra keluarga.

Pusat Kaunseling UPSI merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua peserta, jawatankuasa pelaksana, rakan kolaborasi, penaja serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan BREATHE RUN 2026. Diharapkan program ini akan terus menjadi platform tahunan yang mampu memperkukuh budaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti dan komuniti.