Oleh: Reeza Fahmi
Tanjong Malim, 16 Julai 2026 – Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sidang 2026/2027 telah melaksanakan program beramah mesra bersama penghuni kolej yang dikenali sebagai Malam Bersama Pengetua pada 16 Julai 2026.
Program ini melibatkan penyertaan penghuni Kolej Aminuddin Baki, dengan tujuan untuk memberi penerangan berkaitan peraturan dan tata tertib di kolej kediaman.
Selain itu, program ini turut berperanan sebagai platform sesi suai kenal antara pengetua, barisan pentadbiran, felo-felo kolej, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki dan penghuni blok kediaman. Melalui pelaksanaan program ini, hubungan silaturahim antara felo dan penghuni dapat diperkukuhkan.
Di samping itu, penghuni turut diberikan ruang untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta permasalahan yang dihadapi sepanjang menetap di kolej kediaman bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan di asrama dapat dikekalkan dari semasa ke semasa.
Kehadiran peserta seramai 700 orang yang terdiri daripada Pengetua Kolej, Barisan Pentadbiran Kolej, barisan Felo Kolej, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, serta penghuni Kolej Aminuddin Baki ini dikira memberansangkan kerana ia mencerminkan komitmen serta sokongan padu warga kolej terhadap pelaksanaan program berbentuk pembangunan sahsiah dan pengukuhan hubungan antara pengurusan kolej dan penghuni.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada penghuni kolej, khususnya dalam memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan kolej dan para penghuni.
Selain itu, program ini turut berperanan sebagai medium untuk menerapkan nilai tanggungjawab, disiplin serta kesedaran dalam menjaga kebersihan diri, ruang kediaman dan kawasan persekitaran kolej.
Secara keseluruhannya, program ini dilihat mampu mewujudkan suasana kehidupan berasrama yang lebih harmoni dan kondusif, sekali gus menyumbang kepada pembentukan sahsiah pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta memperkasa
