HAS_7673UPSI, 27 April 2015 – UPSI kini membina jaringan hubungan dengan Ugent Tech Sdn. Bhd. bagi pemindahan teknologi penghasilan grafin berskala besar dengan termeterainya Memorandum Perjanjian (MoA) dalam satu majlis yang diadakan di BC 2-7, Bangunan Canselori.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, aspek pengkomersialan grafin merupakan antara agenda Nasional Kerajaan di bawah ‘National Graphene Action Plan 2020’. Justeru itu, UPSI melalui Nanoteknologi Research Centre giat menjalankan penyelidikan dalam bidang tersebut.

“Dua orang pensyarah kita, iaitu Prof. Madya Dr. Suriani Abu Bakar dan Prof. Madya Dr. Azmi Mohamed, kini giat menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan berasaskan grafin melalui kolaborasi dari dalam dan luar negara (termasuk QS Ranking Top 50-Massachusetts Institute of Technology USA dan University New South Wales Australia).” “Inisiatif tersebut juga mendapat kepercayaan daripada Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND), MOSTI melalui penganugerahan geran penyelidikan bertajuk “Large Area Graphene Thin Film Fabrication and Transfer Process From Exfoliated Graphite” bernilai RM298,750 kepada pihak UPSI,” katanya.

Ugent Tech Sdn Bhd, diwakili oleh Pengarah Urusan Encik Tom Khoo Hai Hing. Turut hadir Pengarah Ugent Tech Sdn. Bhd. Puan Tong Mei Ling, Pendaftar, En. Mohd. Faizi Othman dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Tajul Shuhaizam Said.

Artikel ini telah diterbitkan pada 27 April 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)