DSC_1793

UPSI, 6 Mei 2016 – Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI hari ini Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Meas-Tech Solutions Sdn Bhd. dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bukit Merah Arowana Village Sdn. Bhd.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, kerjasama UPSI bersama Meas-Tech Sdn. Bhd. adalah berkaitan dengan membangun dan memasarkan dua produk inovasi hasil penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan iaitu ‘Cap Color Interactive (CCI)’ oleh Dr. Norkhalid Salimin dan ‘IQ-Stick’ oleh En. Mohd Izwan Shahril.

“Kerjasama ini bertujuan membekalkan Alat Bantuan Mengajar (ABM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi dua projek inovasi dengan nilai projek sebanyak RM20,000.00,” katanya.

DSC_1780 DSC_1807

Tambah beliau, Meas-tech Solution Sdn Bhd juga, bersetuju untuk memberikan geran penyelidikan bernilai RM91,000.00 kepada Dr. Norkhalid Salimin dan En. Mohd Izwan Shahril, bagi projek ‘Field & Testing For Development Of An Intelligent Integrated Devices For Skills And Physical Assessment” yang akan bermula pada bulan Julai 2016”.

Manakala kerjasama antara UPSI dengan Bukit Merah Arowana Village Sdn. Bhd., adalah berkaitan dengan penggunaan alat peranti pintar bagi mengasingkan ikan arowana hasil  ciptaan pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Dr. Che Zalina Zulkifli.

Menurut, Encik Law Cheing Kiat, pemilik Bukit Merah Arowana Village Sdn. Bhd. sebelum ini pernah merantau ke seluruh negara dan belum pernah menemui pengesan peranti pintar seperti itu dan berharap ia dapat memenuhi keperluan pihak Bukit Merah Arowana Village Sdn. Bhd.

Artikel ini telah diterbitkan pada 07 Mei 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)