HAS_0346

 UPSI, 18 Mei 2016 – UPSI menandatangani Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery) bagi Pangkalan Data Utama (Oracle) dan Aplikasi-aplikasi Sistem Maklumat Bersepadu (SMBU) dengan Net2One Sdn. Bhd. bagi memperkukuh dan menjamin sistem penyampaian Universiti.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, kebergantungan pengurusan dan pentadbiran dalam penyampaian perkhidmatan UPSI kini memerlukan UPSI menyediakan satu pelan penjaminan perkhidmatan bagi menghadapi kegagalan fungsi SMBU.

HAS_0297

“Ancaman kepada SMBU adalah dalam pelbagai bentuk seperti kerosakan perkakasan server, kegagalan pangkalan data dan aplikasi atau gangguan bekalan utiliti. UPSI merupakan IPTA pertama yang mengambil langkah proaktif menyediakan perkhidmatan pemulihan bencana bersama pihak industri sejak tahun 2005.”

“Sebagai kesinambungan kepada penyediaan perkhidmatan tersebut, UPSI mendapatkan perkhidmatan dengan pihak Net2One menerusi kontrak selama tiga tahun di Pusat Data Synergycloud, i-City Shah Alam,” katanya.

Tambah beliau, melalui konteks kerjasama itu, pihak Net2One Sdn. Bhd. akan menyediakan perkhidmatan Pemulihan Bencana bagi tujuan kelangsungan perkhidmatan SMBU.

“Antaranya, dengan membekalkan perkhidmatan Pusat Data kecemasan kepada UPSI iaitu Penyediaan server berasaskan mesin Intel dan mesin SPARC, Pentauliahan semua aplikasi dan pangkalan data SMBU, Pentauliahan perisian replikasi pada semua server, Pentauliahan Global Load Balancer dan WAN Optimizer, Penyalinan data dari server utama di UPSI ke server Disaster Recovery (DR), Penyediaan sambungan replikasi point-to-point berkelajuan 200Mbps dan Pelaksanaan ujian simulasi DR.”

“Kerjasama ini akan memberikan manfaat (win-win situation) kepada kedua-dua pihak, iaitu pihak Net2One mendapat manfaat daripada penyediaan perkhidmatan, manakala pihak UPSI mendapat khidmat kepakaran, pengetahuan dan teknologi bagi memperkukuh dan menjamin sistem penyampaian Universiti,” katanya.

HAS_0369

UPSI membangunkan perkhidmatan elektronik kampus yang dikenali sebagai SMBU pada tahun 2004. SMBU adalah tulang belakang kepada perkhidmatan universiti yang utama merangkumi aplikasi Kewangan (MyFIS), Sumber Manusia & Pentadbiran (MyHRA), Pelajar dan Akademik (MySIS), E-Pembelajaran (MyGuru2) dan Portal Komuniti Universiti (MyUPSI) dan semua aplikasi tersebut beroperasi secara bersepadu iaitu dengan berkongsi satu pangkalan data tunggal (Oracle).”

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Altel Holdings Sdn. Bhd. merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Net2One Sdn. Bhd., Encik Nik Abd Aziz Nik Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato‘ Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato‘ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi, Net2One Sdn. Bhd., Encik Mahizzan Mohd Fadzil, dan Ketua Pegawai Kewangan, Net2One Sdn. Bhd., Encik Shahrin Ali.

Artikel ini telah diterbitkan pada 19 Mei 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)