HAS_7485UPSI, 25 April – UPSI dan NIKON Sdn. Bhd. kini mengukuhkan kerjasama jaringan industri dalam bidang fotografi dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Atrium, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, MoU tersebut mengiktiraf hubungan persahabatan yang sedia terjalin di antara UPSI dan NIKON sekaligus meningkatkan hubungan kerjasama yang erat dalam bidang fotografi, khususnya dalam bentuk penyelidikan, perkongsian kepakaran, perundingan dan penerbitan. Tambah beliau, UPSI menerusi Jabatan Multimedia Kreatif di Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) menawarkan dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Periklanan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian.

“Kedua-dua program dibangunkan selaras dengan keperluan dan kehendak pasaran dalam industri kreatif negara yang dilihat semakin rancak berkembang dan maju. Justeru, menerusi kursus Fotografi Digital dan Pengimejan, para pelajar dari kedua-dua program diterapkan dengan asas fotografi yang mampu memperkasa para pelajar ke arah menjadi insan kreatif yang peka terhadap perkembangan serta dinamika global,” ujar beliau.

HAS_7371  HAS_7348

Sementara itu, Pengarah Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd, Encik David Ng Choon Yiak berkata, kerjasama tersebut menandakan permulaan kerjasama Nikon dalam melatih para pelajar dan pensyarah tentang aspek-aspek teknikal dalam bidang fotografi dan videografi. “Sejajar dengan visi kami untuk menarik bakat-bakat muda dan menyemai rasa menghargai yang lebih mendalam dalam bidang ini, NIKON bakal mewujudkan kelab fotografi dan videografi NIKON di UPSI untuk kemudahan para pelajar dan kakitangan fakulti. “Justeru, melalui kerjasama strategik menerusi penjenamaan Kelab Fotografi dan videografi NIKON-UPSI yang dilancarkan pada petang ini akan menjadi platform perkongsian ilmu kepakaran di antara pihak NIKON dengan para pelajar serta tenaga pengajar di UPSI,” ujarnya.

HAS_7417

Turut diadakan penyerahan hadiah kepada Nurul Hayati Borhan, pelajar semester tiga, Ijazah Sarjana Muda (Animation), selaku Pemenang Fotografi Terbaik Pameran First Sight yang diadakan sempena program Bicara Fotografi Bersama NIKON Malaysia pada 6 hingga 7 April lalu di Dewan SITC, UPSI. Beliau menerima hadiah berupa kamera DSLR 3300 tajaan NIKON bernilai RM2198.00.

Artikel ini telah diterbitkan pada 26 April 2016.

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)