15242016_574450952738507_8204095187824379933_n

Gambar : FB MPP

UPSI, 2 Disember – UPSI menjadi tuan rumah Seminar Kepimpinan Mahasiswa: Penerus Generasi Al-Fateh Siri 2.

Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, seminar itu dapat menjadi platform untuk mendidik dan melatih mahasiswa dan mahasiswa menjadi pemimpin berkalebar,  bersemangat   seperti yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Constantinople.

“Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada seminar ini. Berilah tumpuan kepada syarahan, latihan dan apa sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan sepanjang seminar ini berlangsung. Apa yang dipelajari di dalam seminar ini mungkin tidak dipelajari dalam dewan kuliah,”.

15241962_574404546076481_8329943058782718093_n

“Melalui seminar ini anda akan dibimbing untuk menjadi pentadbir, pengurus dan pemimpin masa depan yang berketrampilan dan serba boleh,” katanya.

Tambah beliau, semasa berada bersama dengan rakan-rakan daripada IPT yang lain, pelajar boleh menguasai beberapa kemahiran insaniah, serta kemahiran kepemimpinan, seperti menjalin hubungan silaturrahim, bekerja dalam kumpulan, bekerjasama, komited, berkeyakinan diri, dan menghormati orang lain.

Seminar yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu disertai oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Datin Paduka Ir. Dr. Hamisah Tapsir.

Hadir sama Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof.Madya Dr. Sufian Ujang, Pengetua Kolej Zaaba, menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Zahuri Khairani, dan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhamad Syahmi Aiman.

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)