Pix 1- bergambar kenangan sempena majlis penutup konvensyen

UPSI, 26 Julai-Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, UPSI menganjurkan  Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman IPT  2016 yang membabitkan lebih 100 mahasiswa dari beberapa insitusi pengajian tinggi awam yang diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Pix 4- Tetamu

Konvensyen dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof. Madya Dr. Sopian Bujang.

Pengarah Program, Mohammad Faizol Muhamed Khan berkata, peserta memberi komitmen yang tinggi dalam membincangkan pelbagai isu tentang hala tuju kepimpinan pelajar universiti, serta pelbagai idea dan pandangan dicetuskan supaya segala permasalahan mahasiswa disalurkan secara betul dan berhemah.

Tambah beliau, mahasiswa bukan sahaja aset modal insan semata-mata, malahan aset intelektual untuk negara serta pelapis kepada kepimpinan sedia ada.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan