IMG_6103

 

UPSI, 10 Oktober – Persidangan  Antarabangsa Pendidikan Guru Dalam Latihan Mengajar (ITECTP2016) Kali Pertama  berlangsung di Universiti  Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membincangkan isu-isu latihan mengajar dalam pendidikan guru.

Persidangan tiga hari  yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau  Negeri Perak,   Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria  menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh akademia dari dalam dan luar negara.

Dr.  Muhammad Amin  berkata, persidangan  berkenaan memberi peluang kepada pembentang dan peserta bertukar-tukar pengetahuan  dan kepakaran bagi memajukan bidang pengajaran khasnya amalan latihan mengajar.

“Pendidikan adalah prinsip sejagat dan usaha meningkatkan kualitinya  melalui latihan mengajar perlu dilakukan demi kecemerlangan pendidikan masa depan,” katanya.

Beliau berkata proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kini lebih dinamik melalui kaedah berpusatkan pelajar yang sesuai untuk genarasi masa depan melalui kerjasama, kuasa teknologi serta  pembelajaran bercampur (blended learning).

“Pendidikan hari ini perlu melahrkan pelajar yang maju dalam ekonomi dan global yang merangkumi kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etnik, kerohanian, kemahiran berfikir, serta beridentiti  Negara sendiri,“ katanya.

Muhammad Amin turut melawat pameran yang menyaksikan produk yang dihasilan penyelidik dan pelajar UPSI sempena persidangan bertemakan “Model, Trend dan Isu-isu Latihan Mengajar”.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa  berkata, persidangan berkenaan menyentuh  subtema amalan terbaik dalam pengajaran,  pengintegrasian teknologi dalam pengajaran,  penyeliaan,  pedagogi,  isu-isu psikologi  dalam latihan mengajar, reflektif,  penilaian, model,  dan budaya tu menyaksikan sebanyak 82 kertas kerja dibentangkan secara selari di Bangunan E-Learning UPSI.

Beliau berkata,  UPSI menggalakkan kerjasama antara semua penyelidik  membincangkan kaedah-kaedah baru dan penambahbaikan yang boleh dilakukan  dalam latihan mengajar melalui penguasaan teknologi, dan menggalakkan penggunaan blended learning  dalam pengajaran  yang perlu selari dengan aspirasi pendidikan negara.

“Universiti ini memainkan peranan dengan aktif membangunkan kaedah pengajaran yang berkesan yang boleh digunakan dalam  amalan latihan mengajar.”

Hadir sama  Pendaftar UPSI, Mohd Faizi Othman, serta Pengarah Pusat Latihan Mengajar dan Latihan industry(PULAMI), Prof. Madya Dr. Nor’Ashiqin  Mohd Idrus.

Pada persidangan  tiga hari itu, menyaksikan ucap utama disampaikan Prof. Hue Ming Tak dari Hong Kong Institute of Education,   Prof Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob (UPSI), Dr. James Campbell (Deakin University, Australia; Dr. Noriati  A. Rashid, Timbalan  Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia  serta Prof. Mohd Sahandri Gani Hamzah (UPSI).

 

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)