UPSI, 17 April – Seramai 163 warga kerja cemerlang dalam pelbagai skim perkhidmatan, tiga penerima insentif PhD, dua kumpulan  KIK,  21 pesara termasuk dua buah keluarga kakitangan yang meninggal dalam perkhidmatan akan diraikan dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Majlis Jasamu Dikenang yang bakal berlangsung pada 24 April 2017  ini di Dewan Tuanku Canselor.

APC 2017 merupakan majlis tahunan yang berprestij untuk menghargai dan mengiktiraf kakitangan cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2017 manakala Majlis Jasamu Dikenang adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih UPSI kepada kakitangan yang telah mencurah khidmat dan bakti kepada universiti sepanjang perkhidmatan mereka.

Mengangkat tema “Menggapai Bintang” pada kali ini adalah sebagai simbolik sempena inspirasi terhadap kerja keras UPSI untuk menjadikan UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan di Malaysia dan juga rantau ini.

Pendaftar, Dr. Hajah Zainab Othman berkata, pihak pengurusan universiti sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang dan jasa serta sumbangan yang telah diberikan oleh kakitangan UPSI.

“UPSI menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan. Sesungguhnya khidmat bakti tersebut telah membantu UPSI menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan pendidikan negara,” katanya.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)