Oleh : Anis Syazwani binti Mohmed Azmi (Praktikal Universiti Teknologi Mara Kampus Arau (Cawangan Perlis)

UPSI, 9 Mac  – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum  Perjanjian (MoA) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menjalinkan kerjasama membangunkan Instrumen Penilaian Psikologi untuk mengukur tahap motivasi peserta Program Return to Work (RTW) PERKESO.

RTW merupakan Instrumen Penilaian Psikologi untuk memudahkan proses pengukuran, penentuan dan ketepatan tahap motivasi pekerja yang hilang upaya untuk kembali bekerja semula.

 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff berkata, secara spesifiknya, instrument tersebut akan mengukur tahap motivasti, kesihatan, dan gaya hidup mereka yang terlibat.

Tambah beliau, projek yang dijangka tamat pada akhir Disember 2021 ini akan memberi nilai tambah kepada PERKESO dengan adanya instrument untuk mengukur ketersediaan para pekerja yang mengalami kemalangan atau orang berinsuran (OB) PERKESO untuk kembali bekerja.

“Pihak UPSI juga yakin kolaborasi ‘Akademia-Industri’ ini adalah satu inisiatif yang sangat murni yang pastinya menjadi titik mula dan rujukan terbaik untuk kedua-dua organisasi untuk terus berganding bahu dalam pelbagai prospek pada masa akan datang. Perkongsian ilmu (knowledge –sharing) antara UPSI-PERKESO ini memberi realiti bahawa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia perlu kekal relevan” katanya.

Majlis MoA yang dianjurkan secara dalam talian, ditandatangani oleh Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan Perkeso, Ketua Eksekutif, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed.

Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman berkata, progam ini merupakan satu program yang menggunakan pendekatan proaktif bagi membantu pekerja yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit untuk berdikari dan bergiat semula dalam dunia pekerjaan dengan selamat.

Sejak program iRTW Perkeso diperkenalkan pada tahun 2007 sehingga kini, seramai 34,704 orang pencarum hilang upaya telah berjaya dibantu kembali ke alam pekerjaan setelah menjalani rawatan pemulihan. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak  8.36% atau 4,494 orang peserta yang dirujuk ke program RTW berada dalam tahap tidak bermotivasi untuk kembali semula bekerja.,”.

“Bagi menangani isu ini, satu panduan atau instrumen pengukuran minat dan motivasi untuk kembali bekerja perlu dihasilkan bagi kegunaan Pengurus Kes PERKESO. Instrumen Penilaian Psikologi ini dijangka siap pada hujung tahun ini,“ katanya.

Beliau berharap agar kolaborasi strategik melalui pendekatan kaunseling dan sokongan psikososial itu dapat merangsang semangat dan melonjakkan motivasi Orang Berinsuran PERKESO yang mengalami hilang upaya untuk kembali bekerja dengan sihat dari segi mental dan fizikal.

Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO, Roshaimi Mat Rosely, dan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Profesor Madya Dr. Abdul Rahim Razali dan Pensyarah, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan.

#demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)