oleh: Muhammad Shahrul Mizan Mohamed Nizam (Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penerbitan, IPS)
MUALLIM 28 Julai 2022 – Seramai 30 kakitangan Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat telah melaksanakan Program Qalbu@PTj atau ‘Rabu untuk Qalbu’ di UPSI Adventure Park (UAP) pada tarikh 27 Julai yang lepas bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga IPS.
Program Qalbu@PTj atau ‘Rabu untuk Qalbu’ yang diperkenalkan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff telah memainkan peranan penting bagi warga UPSI khususnya kakitangan dalam setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Fakulti dengan pengisian berunsurkan kekeluargaan pada setiap hari Rabu bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Kakitangan IPS telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap ahli kumpulan telah mencabar tahap keberanian diri mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sana seperti abseiling, flying fox, high elements dan banyak lagi. Tambahan pula, aktiviti abseiling adalah aktiviti yang paling menarik dan perlu dicuba oleh pengunjung.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menerapkan semangat kekitaan, pemantapan komunikasi,
dan kerjasama sesama ahli kumpulan. Pada akhir program ini, dapat dilihat bahawa semua kakitangan
berpuas hati dengan aktiviti yang telah mereka ceburi.
Sebagai kesimpulan, program Qalbu@PTj atau ‘Rabu untuk Qalbu’ di UAP dapat mendedahkan
kakitangan IPS untuk mencabar diri dengan melakukan aktiviti sukan lasak, malah berpeluang untuk
menyediakan ruang dan peluang bagi menganjurkan lebih banyak aktiviti menarik pada masa akan
datang.