oleh: Muhammad Safwan Ismail (Pusat Islam)

Tanjung Malim 18 Disember: Kursus Pra-Perkahwinan telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pusat Islam UPSI dan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Kursus ini telah mendapat kebenaran dan permit daripada JAIS bagi melaksanakan kursus kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Seramai 7 Penceramah yang dijemput khas oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk memberi penerangan tentang topik-topik berkaitan sebagai persediaan kepada bakal pengantin lelaki atau perempuan. Antara topik yang dibincangkan antaranya tasawwur Islam, Prosedur Perkahwinan, Tanggungjawab dan Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan kewangan, Pengurusan stress dan konflik, Pembubaran perkahwinan dan Pengurusan kesihatan.


Para peserta kursus Pra-Perkahwinan diwajibkan menghadiri setiap slot ceramah yang disampaikan sebagai syarat wajib sebelum layak diberikan sijil perkahwinan yang menjadi prosedur utama untuk membuat permohonan nikah. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor juga turut menghantar seorang pemantau bagi memastikan prosedur Kursus Pra-perkahwinan mengikut syarat yang telah ditetapkan.


Sesi Kursus ini berakhir dengan ucapan dari Pengarah Pusat Islam UPSI, Encik Muhammad Tarmizi bin Abdul Rahman kepada semua peserta kursus sebagai pelengkap menghadiri kursus yang telah diadakan. Peserta kursus juga dimaklumkan sah laku sijil seumur hidup dan juga turut diingatkan untuk menjaga sijil yang bakal diterima dan sekiranya sebarang permasalahan berkaitan sijil dalam tempoh 5 tahun boleh merujuk terus ke Jabatan Agama Islam Selangor.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)