oleh: Muhammad Zafir Mohd Saman (Pusat Alumni)

Tanjung Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak secara aktif melestarikan alam menerusi Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta pokok. Program ini melibatkan seramai 300 mahasiswa penghuni Kolej Aminuddin Baki bagi meningkatkan rasa cinta alam dalam diri setiap peserta. Dalam menyahut kempen penghijauan ini, Kolej Aminuddin Baki menanam hampir 3000 anak pokok baya bakau yang dilaksanakan oleh penghuni kolej kediaman sendiri.

Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Madya. Dr Syed Ismail bin Syed Mohamad berkata, program tersebut dilaksanakan bagi menyahut seruan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam merealisasikan kempen “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita”.

Katanya lagi, program itu juga dilaksanakan untuk jangka masa yang panjang dalam mewujudkan kelestarian kehijauan kolej “Green KAB” bagi memastikan para penghuni kolej kediaman ini, mampu menghirup udara dalam kualiti yang terbaik pada masa hadapan.

Program ini telahpun dilaksanakan di dua kawasan yang berbeza yang melibatkan warga kolej dan komuniti setempat. Menerusi program ini, mahasiwa sekaligus bertindak menyokong komitmen negara dalam mengekalkan liputan kawasan tropika di Malaysia. Dalam memastikan setiap warganegaranya menikmati udara yang segar, program sebegini amat ditagih bagi mewujudkan sebuah ekosistem kehijauan di masa akan datang.

Turut bersama dalam program tersebut Datin Wan Nurul Hidayu Ketua Felo Kolej Aminuddin Baki, berharap agar program ini disambut baik pelaksanaannya oleh segenap lapisan mahasiwa UPSI serta seluruh mahasiswa di Insitut Pengajian Tinggi yang lain.

Turut disiarkan di: Suara Merdeka

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)