oleh: Zulkapli Mohd Junid (Pegawai UMedia FSSK)
Tanjung Malim 27 Februari – Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) baru baru ini telah mengadakan Majlis Amanat Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan yang telah disertai oleh kakitangan sokongan dan pensyarah FSSK dan julung-julung kali diadakan bagi menerangkan pencapaian dan kecemerlangan kakitangan serta pelajar FSSK bagi tahun 2022.

Selain itu, perkongsian tentang 6 Teras KPI yang perlu dilaksanakan dan Aspirasi Naib Canselor 2023 menumpukan Pencapaian Kakitangan dan Pelajar bagi tahun 2022 seperti Modal Insan, Kecemerlangan Pendidikan, Keunggulan Global, Kelestarian Ekosistem dan Kemampanan Kewangan.

Menurut Dekan FSSK Dr. Jaffry Zakaria dalam amanatnya berkata, warga FSSK perlu mengambil perhatian tentang 5 fokus kecemerlangan dalam Teras Naib Canselor UPSI serta wajar mencari pembaharuan rakan akademik dari universiti luar negara seperti Filipina, Vietnam dan Jepun selain rakan universiti yang sedia ada.

Kejayaan yang telah dicapai oleh kakitangan dan pelajar serta peningkatan pelajar dalam outbound dan inbound.

Menurut beliau, pencapaian oleh kakitangan dan pelajar FSSK bagi tahun 2022 adalah:

1. Kadar Kebolehpasaran Graduan UPSI Mengikut Fakulti, Tahun 2021, FSSK tempat ke 6 dari 11 fakulti.

2. FSSK Strategic Partnership (Industry) seperti MSN, KBS, MOM dan sebagainya dari  agensi luar

3. FSSK Strategic Partnership (Academic) seperti Thaksin University, UNY, UNS dan sebagainya dari universiti luar negara.

Selain itu menurut Jaffry lagi, pencapaian oleh kakitangan dan pelajar FSSK bagi tahun 2022 adalah:

1. Kadar Kebolehpasaran Graduan UPSI Mengikut Fakulti, Tahun 2021, FSSK tempat ke 6 dari 11 fakulti.

2. FSSK Strategic Partnership (Industry) seperti MSN, KBS, MOM dan sebagainya dari  agensi luar

3. FSSK Strategic Partnership (Academic) seperti Thaksin University, UNY, UNS dan sebagainya dari universiti luar negara.

4. Kerjasama dengan JPN Perak dan Jabatan Pendidikan Daerah Muallim dalam Seminar (Hybrid) Sempena Sukan Persatuan Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) 2022 (FSSK & PPD Muallim) dan Bengkel Kerja Analisis Data (FSSK & PPD Muallim)

5. Penghasilan air minuman UPSIDE Isotonic Drink oleh Dr. Nurul Fadhilah Abdullah, Ketua Jabatan, Sains Kesihatan

6. Khidmat kepakaran urutan dalam Sport Rehabilitation Unit @ FSSK

7. Program Malaysia Juara UPSI dengan permulaan bagi program Diploma Sains Sukan.

8. Penglibatan Seminar dalam Sport Industry Seminar @ SUKIPT 2022 dan UPSI Strength & Conditioning Conference 2022

9. Staff Academic Excellence“Attachment”

10. Internationalization ISEPMobility“Inbound/ Outbound), & Adjunct Professor

11. KPT-PACE Project

12. Kerjasama antara FSSK dan MOM

13. Penulis Sitasi Scopus yang tertinggi Prof. Dr. Nur Ikhwan Dr. Ali Md Nadzalan

14. Penubuhan FSSK Responsive Team (FRT)

15. FSSK Edu-Tourism

16. Endurolift Challenge

17. Pencapaian Pelajar dalm SUKMA 2022 21 pingat emas 13 pengat perak 27 pingat gangsa  

Beliau menambah lagi bagi memperkasakan 5 kecemerlangan dalam Teras Naib Canselor UPSI 2023, fakulti perlu tekankan seperti:

1. Modal Insan Kakitangan menerusi nilai 5K (Kekeluargaan, Keseronokan, Kesegeraan, Kasih Sayang, dan Kreativiti), menjadi pakar rujuk dalam negara dan antarabangsa, pelaksanaan program Retreat dan Rabu untuk Qalbu, menjayakan penerapan sahsiah pelajar 3A iaitu Akademik, Adab dan Akhlak, pemerkasaan Badan Pelajar dalam fakulti, program Bina Insan Bitara serta Program Malaysia Juara.

2. Masyarakat dan Industri Jaringan Industri Aktiviti Bersama Masyarakat

3. Kecemerlangan Akademik pula meliputi aspek kecemerlangan program akademik, kecemerlangan akademik pelajar, pemerkasaan penyelidikan dan inovasi serta melonjakkan penerbitan dalam fakulti.

4. Keunggulan Global Pengiktirafan/ Anugerah Pengantarabangsaan International Lecturer

5. Kelestarian Ekosistem Kolej menerusi UPSI RESIDENTIAL & COMMUNITY CENTER (URCC)

6. Kemampanan Kewangan

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)