oleh: Mohd Fitri Ab Ghani (AJK JITU UPSI)

Kuantan: Jalinan Ikatan Persatuan Kesatuan Kakitangan (JITU) gabungan persatuan pekerja yang dianggotai Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UPSI (PRESTASI), Kesatuan Pegawai Am (KPA) dan Persatuan Wanita dan Isteri UPSI (PEWARIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan bengkel Kecemerlangan dan mesyuarat persatuan dan kesatuan UPSI 2023 pada 9 hingga 11 Mac 2023.

Antara tujuan utama penubuhan JITU ialah menyatukan segala perancangan berkaitan modal insan dan pengurusan aktiviti secara bersama antara empat persatuan agar kebersamaan itu kekal dijalin dan halatuju setiap persatuan ini kekal selari dengan hasrat dan harapan Naib Canselor.

Menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, bengkel dijalankan bagi mengeratkan ukhwah di antara pihak pengurusan dan pekerja tanpa mengira status pangkat seterusnya mewujudkan suasana yang harmoni dalam sebuah organisasi.

Pembangunan modal insan merupakan aspek terpenting dan ia merupakan aset yang menentukan kejayaan UPSI akan terus maju pada masa depan dan akan diberikan perhatian utama oleh pihak pengurusan universiti.

Pada majlis yang sama Naib Canselor UPSI turut melancarkan logo JITU yang buat pertama kalinya diperkenalkan setelah genap setahun penubuhannya.

Idea penggabungan ini merupakan idea asal Naib Canselor sendiri semasa bengkel yang melibatkan emat persatuan pada tahun 2022 di Melaka.

Md Amin (duduk tengah) Bersama barisan AJK JITU 2023
 

Ia merupakan hasil rekaan pereka dari UPSI yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan PRESTASI iaitu Khairul Aizat Abdul Rauf.

Sementara itu, Presiden JITU Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata JITU sentiasa mendokong aspirasi Naib Canselor 2023 antaranya memperkasa modal insan melalui penganjuran hari keluarga UPSI di samping itu JITU melaksanakan Tuisyen BITARA anak-anak kakitangan, melestarikan kemampanan kewangan kesatuan.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI