oleh: Monica Kong Lee Ping (Pegawai U-Media FMSP)

Tanjong Malim – Konsert berjudul EMPATIKA akan berlangsung pada 12 dan 13 Mei 2023 bakal dipersembahkan secara langsung di Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Seramai 59 orang pelajar semester 5, program Diploma Muzik akan mempersembahkan Projek Persembahan Akhir (FiPPro) 2023 iaitu kursus yang wajib bagi setiap pelajar Semester 5 Program Diploma Muzik.
Sebanyak sepuluh buah karya digubah semula oleh pelajar dan penasihat muzik akan disajikan kepada para penonton yang bakal dinilai oleh penasihat projek dan penilai luar dari industri muzik.

Antara sebahagian para pelajar sewaktu latihan untuk Konsert Empatika.

Projek Persembahan Akhir ini adalah wajib bagi setiap pelajar muzik sebelum mereka bergraduasi. Antara justifikasi perlaksanaan projek ini adalah untuk melatih pelajar Program Diploma Muzik menerbit,
merancang, mengelola dan menguruskan sebuah persembahan konsert muzik dengan pengurusan sendiri yang melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi luar.

Selain itu Konsert Empatika bakal memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengaplikasikan
kemahiran muzik yang telah dipelajari dalam tempoh pengajian serta memperlihatkan kreativiti pelajar dalam aspek penggubahan lagu dan mencernakan idea dalam bentuk- bentuk yang menarik serta menerapkan nilai-nilai murni dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan staf FMSP yang terlibat.

Bagi pelajar UPSI yang menghadiri konsert ini, mata MyCat/My Champ akan disediakan. Ayuh kita sama-sama saksikan persembahan istimewa ini. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI