oleh: Zulkapli Mohd Junid (Pegawai U-Media FSSK)
Muallim, 13 Mei – Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) telah menganjurkan Program Sports Fiesta@FSSK di Dataran Food Truck, UPSI.
Program ini telah melibatkan semua warga FSSK dan turut dihadiri oleh beberapa fakulti lain serta masyarakat setempat.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Marzita Puteh menzahirkan penghargaan ribuan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini terutama kepada warga FSSK selaku tuan rumah yang menganjurkan program yang semeriah ini serta buat julung-julung kalinya diadakan di ruang tapak food truck, UPSI.



“Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan adalah ptj pertama dipilih oleh UPSI untuk menjalankan akiviti ini dan diikuti oleh ptj yang lain pula mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak UPSI, selaras dengan hasrat UPSI untuk menjalankan program bagi mengeratkan hubungan buat semua warganya termasuk masyarakat Tg Malim dan sekitarnya,” jelasnya dalam ucapan perasmian.



Program Sports Fiesta@FSSK ini diserikan dengan beberapa aktviti seperti senamrobik, demonstrasi seni pertahankan diri iaitu Taekwon-Do, Judo, Silat dan Karate.
Selain itu pertunjukan demostrasi Calisthenics Workout, Tree Climb turut memeriahkan acara. Antara acara lain yang menarik ialah Endurolift, sepakan penalti, bola jaring (3 on 3), Berjalan 10 ribu langkah dan sukan rakyat menjadi tumpuan pengunjung. – ePena