Oleh: Afifah Adriana Aznan (Pegawai UMedia UCTC)

Tanjong Malim, 31 Mei 2023 – ResQ Team UPSI menerima sebuah bot penyelamat dari Waqaf, Endowmen, Zakat, Sedekah Dan Khairat (WEZAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI sebagai persediaan menghadapi banjir.

Majlis penyerahan simbolik ini disampaikan oleh Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif kepada Pengarah Pusat Transformasi Komunti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin.

Menurut Mohd Abdul Nasir Abd Latif, WEZAS berbesar hati menyumbangkan bot penyelamat kepada ResQ Team UPSI bagi menggerakkan misi menyelamat dengan lebih pantas tatkala banjir melanda di negara terutamanya di semenanjung Malaysia.

Prof. Dr Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bergambar bersama bot penyelamat ResQ Team UPSI ketika majlis penyerahan.

“Alhamdulillah hari ini, saya sendiri dapat menyerahkan bot penyelamat untuk kegunaan ResQ Team menjalankan misi bencana banjir. Saya juga berharap usaha murni ini dapat dimanfaatkan masyarakat yang ditimpa musibah banjir”.

Sementara itu, Mohd Azlan Nafiah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak WEZAS atas sumbangan bot penyelamat kerana keprihatinan terhadap perkara ini di samping membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan ResQ Team UPSI khususnya dalam operasi banjir.

“Ia merupakan sumbangan besar dan amat berarti buat ResQ Team UPSI kerana ia kelak akan digunakan bagi menjalani operasi menyelamat mangsa banjir dengan lebih efisien”, jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berharap penambahan aset ResQ yang diterima ini dapat meningkatkan kecekapan, ketangkasan dan kesiapsiagaan ResQ Team UPSI dalam menghadapi bencana atau detik cemas ketika dilanda bencana kelak. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI