Tanjong Malim, 12 Jun 2023 – Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Telah Menerima Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja Delegasi Daripada Fakultas Ilmu Keolahragaan dan Kesihatan, Universitas Negeri Makassar, Indonesia.

Delegasi seramai lima orang diketuai oleh Prof. Dr Hj. Hasmyati, Dekan FIK UNM.

Tujuan lawatan adalah bagi membincangkan aktiviti jalinan dan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak seperti Webinar/Seminar/Workshop Exchange, pelantikan Profesor Pelawat/Adjung, kolaborasi penyelidikan dan penerbitan, dan mobiliti pelajar. Delegasi turut dibawa melawat ke Unit Rehabilitasi Sukan dan Pejabat Malaysia Juara di Bangunan Blok 6.

Menurut Dekan, Dr. Jaffry Zakaria berkata, amat berharap agar beberapa siri aktiviti kolaborasi dengan FSSK akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat manakala Dekan FIK UNM Prof. Dr Hj. Hasmyati pula menekankan fokus utama lawatan ini adalah perkongsian ilmu, workshop dan kolaborasi dalam
penyelidikan serta penerbitan dua hala Malaysia-Indonesia.

Lawatan hormat delegasi daripada Fakultas Ilmu Keolahragaan dan Kesihatan, Universitas Negeri Makassar (UNM) telah diadakan di Bilik Perbincangan 2, FSSK bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00
tengahari. Delegasi UNM juga telah mengadakan lawatan ke Unit Rehabilitasi Sukan dan Pejabat Malaysia Juara. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)