Oleh : Mohd Fahmi Mohd Yunus (Pegawai U-Media PUSKEB)


Kuala Lumpur 3 Jun – Mini Konsert Silang Budaya Malaysia-Indonesia di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di World Trade Centre (WTC). Konsert berdurasi sejam 30 minit ini menampilkan persembahan daripada Kumpulan Tari Budaya Sunan Ambu daripada Institut Seni Budaya Indonesia Bandung (ISBI), Kumpulan Kabumi daripada Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) serta Kumpulan Destar Limar dan Kumpulan The Pegawai daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Destar Limar dan The Pegawai dengan
medley Mahligai Permata x Ya Maulai susunan oleh Encik Anuar Borhan.

Persembahan pembukaan oleh kumpulan Destar Limar diiringi oleh The Pegawai Band
 

Persembahan seterusnya diteruskan dengan persembahan ensembel orchestra angklung, persembahan angklung moden dan tarian Rampai Aceh. Berdurasi sekitar 20 minit persembahan daripada Kabumi UPI berjaya memukau para penonton dan pengunjung yang hadir. Persembahan diteruskan dengan tarian Jaipongan yang unik dan memukau oleh ISBI. Rata-rata pengunjung yang hadir teruja dengan persembahan yang jarang dipersembahkan di Malaysia. Berdurasi 20 minit mereka berjaya menarik minat pengunjung untuk kekal menonton persembahan tersebut. Mini konsert diakhiri dengan gabungan kesemua pemuzik dan penari yang terlibat dengan membawakan lagu Ronggeng Wak Buyung.

Persembahan penutup yang melibatkan kolaborasi yang mantap ini diakhiri dengan sesi joget lambak bersama para pengunjung yang hadir.

Tarian jaipongan oleh Seni Tari Sunan Ambu ISBI

“Saya dapat rasakan kemeriahan dalam seni budaya yang dipersembahkan. Masing-masing mempersembahkan kepelbagaian dalam seni budaya masing-masing dan mereka berjaya menarik perhatian para pengunjung yang hadir. Saya juga mendapat maklumbalas yang amat positif daripada pengunjung yang hadir. Semoga ruang dan peluang disediakan untuk kami memperkenalkan seni budaya yang terdapat di nusantara dan kami berharap agar pelbagai jenis keunikan akan ditonjolkan kelak” – Dr. Norzuraina Mohd Nor , Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI. – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)