Tanah Rata: Exco Media, Publisiti dan Perhubungan Awam, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2022/2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program Pendidikan Teknologi Kreatif Bersama Sekolah Orang Asli bertempat di SK Menson, Ppd D/A Cameron Highlands, Tanah Rata, Pahang pada 10 dan 11 Jun 2023.

Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang teknologi multimedia antara bandar dan luar bandar dengan kemudahan yang sedia ada. Pada masa kini, teknologi dan multimedia perlu dikuasai oleh setiap pelajar masa kini kerana teknologi merupakan medium yang memberikan sumber tambahan dalam pendidikan yang pantas. Seterusnya, Bidang Science, Technology, Engineering, Mathemathics (STEM) perlu diperkasakan agar mereka meminati bidang seperti doktor, kejuruteraan computer dan banyak lagi sebagai pelapis muda.

Program ini disertai seramai 50 orang pelajar darjah 5 dan 6 dari SK Menson ini sendiri. Selain itu, program ini juga bekerjasama dengan pihak Planeterium Negara, Majlis Anak Johor (M@JOR UPSI) Persatuan Mahasiswa Sains (PMS UPSI) dan Rakan Astronomi UPSI (Rastro UPSI) dalam membantu dari segi gerak kerja dan pengisian slot-slot aktiviti sepanjang program ini berlangsung.

Pelbagai slot aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari satu malam ini. Antaranya ialah slot “Ice Breaking”, slot “Memartabatkan STEM” untuk hari pertama dan slot “Kongsi Melalui Media” untuk hari kedua yang dikendalikan sendiri oleh mahasiswa dan mahasiswi universiti sebagai AJK Aktiviti program manakala slot “Virtual Reality (VR)” dan Slot “Cerapan Bintang” yang dikendalikan oleh pihak Planeterium Negara dan akhir sekali Majlis Penutup Program.

Majlis Penutup dihadiri oleh Yang Dihormati, Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamad Husain, School Improvement Partners (SIPARTNERS+) sebagai perasmi penutupan program Pendidikan Teknologi Kreatif Bersama Sekolah Orang Asli dan juga dihadiri Dr. Muhammad Ridhwan bin Sarifin, Felo Penasihat Program dan juga Encik Naza badi bin Mohamad, Guru Besar SK Menson.

Dalam ucap tama Tuan Haji Abdul Rahman berkata “Program ini merupakan antara program yang boleh meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar sepertimana matlamat Pn. Zairish binti Zulkifli, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah yang menginginkan akademik para pelajar di daerah Cameron Highlands bertambah baik”.

Menurut Felo Penasihat Program, Dr. Muhammad Ridhwan bin Sarifin program ini sememangnya memberikan impak yang baik terhadap akademik pelajar sepertimana objektif program dilaksanakan adalah untuk menyemai perasaan minat dalam bidang teknologi & maklumat mengikut peredaran zaman. Turut berkata, pihak sekolah dan pihak Planetarium Negara dijemput untuk sama-sama hadir ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam membuat program bersama-sama.

Tambahan pula, program ini bertujuan menyemai perasaan pelajar untuk meminati bidang teknologi & maklumat seiring dengan perkembangan teknologi mengikut peredaran zaman. Selain itu, memindahkan ilmu ICT dan teknologi kepada golongan pedalaman iaitu masyarakat orang asli melalui “Student Knowledge Transfer Programme” (SKTP) disamping memperkukuhkan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) agar pelajar dapat menghasilkan produk berkualiti kelak.

“Pihak sekolah juga mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan mahasswi UPSI untuk menganjurkan program di sekolah ini pada hari mendatang dengan program-program yang memberikan manfaat kepada pelajar dalam meningkatkan akademik serta menanamkan minat mereka dalam teknologi yang memberi manfaat dalam pendidikan”, katanya Guru Besar SK Menson Tuan Naza Badi.

Pengarah Program, Mohamad Naqiuddin yang juga Exco Media, Publisiti dan Perhubungan Awam MMKHAR 2022/2023 berkata program ini diharapkan dapat memberikan impak dalam diri pelajar sendiri berkenaan pembelajaran berasaskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) secara kreatif dengan melalui permainan dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) supaya mereka sendiri berdikari untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau situasi yang dihadapi. Tidak terlupa juga untuk mengucapkan rhibuan terima kasih kepada AJK Pelaksana Program yang berjaya melancarkan sepanjang program berlangsung.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)