Oleh: Ghazali Din & Norhayati Aziz

Pulau Pangkor: Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang giat membina modul baharu iaitu Modul Profesional Ulul Albab untuk kegunaan tenaga pengajar yang berkhidmat di institusi pendidikan seluruh negara.

Pengarah PUA, Dr Sakinah Salleh berkata sehubungan itu PUA mengadakan bengkel pemurnian modul di sini yang disertai oleh 28 penulis modul atau Talent Pool yang melibatkan kakitangan akademik dan pengurusan.

Katanya, untuk menghasilkan yang sesuai dan mendapat pengiktirafan peserta berusaha dan bertungkus-lumus meneroka idea , menulis dan membentangkan hasil penulisan mereka supaya dapat dibuat penambahbaikan.

“Kami cuba menghasilkan modul yang baik dan sesuai untuk dilaksanakan oleh guru-guru dinstitusi Pendidikan seluruh negara supaya mereka dapat melahirkan pelajar yang sesuai dengan aspirasi konsep Ulul Albab.

Beliau berkata untuk memastikan modul mencapai matlamat dan peserta menguasai rekabentuk modul profesional Ulul Albab, setiap kumpulan perlu menulis berlandaskan konsep Ulul Albab yang menampilkan prinsip Quranik, Ensiklopedik serta Ijtihadik. Sebelum ini PUA berjaya menghasilkan modul untuk mahasiswa UPSI sehingga mereka memperoleh sijil peringkat asas, pertengahan dan tinggi.
Seterusnya PUA menjayakan program Misi Pencarian Ikon Ulul Albab 3.0 bagi melahirkan tokoh Ulul Albab dalam kalangan mahasiswa.

“Apabila mereka menjadi pendidik di sekolah-sekolah seluruh negara, mereka boleh memanfaatkan pendekatan ulul albab itu dalam mendidik bagi melahirkan anak didik yang berfikiran kreatif, kritis dan berakhlak mulia,” katanya.

Peserta yang mengikuti bengkel pemurnian modul ulul albab

PUA sebelum ini juga, katanya, menerima kunjungan 103 guru dari Sekolah Phatna Wittaya Yala dari Thailand sempena Program Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty of Malaysia. Program Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty of Malaysia.

“Program ini antara lain bertujuan mempromosikan konsep Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik serta modul Ulul Albab kepada guru dan tenaga pengajar di Sekolah Phatna Wittaya Yala,” katanya

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)