Oleh: Nur Afifah Adriana (UCTC)

Behrang, 17 Ogos – Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dengan kerjasama Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Behrang pada 13 hingga 18 Ogos 2023 di UPSI Edu-Forest, Sungai Dara, Behrang.

Ekspedisi kali ini yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Latif bin Mohamad, mantan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan seramai 80 orang penyelidik dari enam Universiti Awam (UA) dan pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Ekspedisi yang diterajui Jabatan Perhutanan Negeri Perak ini bertujuan mengumpul maklumat baharu mengenai kepelbagaian biologi serta memperkaya gedung ilmu mengenai biologi hutan seluruh negara.

Menurut Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah, kesungguhan penyelidik dalam menjayakan ekspedisi saintifik kali ini dianggap penting dalam usaha meletakkan UPSI Edu-Forest yang berada di bawah kelolaan UPSI pada kedudukan terbaik” katanya dalam acara Flag Off yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Norkhalid Salimin 14 Ogos lalu.

“Bagi setiap ekspedisi yang dilaksana, bakal disusuli dengan pelaksanaan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan bagi membincang hasil penemuan dan penyelidikan yang dilaksanakan di lapangan.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia merasmikan Majlis Perasmian dan Penutup Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Behrang di Auditorium, UPSI

Majlis Perasmian dan Penutup Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Behrang ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Indera Mohd Ridza Awang di Dewan Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pagi tadi.

Turut hadir, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berharap ekspedisi yang dijalankan ini dapat menemui dan merungkai kekayaan sumber biodiversiti yang terdapat di kawasan Hutan Simpan Behrang itu yang kini menjadi kawasan kajian lapangan penyelidikan dan aktiviti outdoor seperti jungle trekking dan water confident di daerah Mualim ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Norkhalid Salimin dalam majlis Flag Off ekspedisi
Urusetia dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan UPSI
Urusetia dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan UPSI
Para penyelidik menjalankan ekspedisi di lapangan
Para penyelidik menjalankan ekspedisi di lapangan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)