Oleh: Media Baharu

TANJONG MALIM, 23 Ogos – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (Moa) Antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia dan Oxford Centre For Islamic Studies (Oxcis), United Kingdom.

Berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah, detik bersejarah tersebut merupakan usaha memperkasa dan mengantarabangsakan nama dan imej UPSI. 

Menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, majlis berkenaan menandakan bermulanya perkongsian luar biasa antara dua institusi yang kaya dengan warisan, tradisi dan kecemerlangan akademik.
Bermula tahun 1922, kini UPSI berdiri sebagai mercu tanda dalam bidang pendidikan, dedikasi melahirkan pendidik, merintis kaedah pengajaran, malah memajukan pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi merentasi sempadan.

Justeru, MoA ini merupakan gabungan tenaga antara UPSI dan OXCIS dalam melahirkan inisiatif “Qari-in-Residence” iaitu pelajar terpilih dari program Tahfiz dan Turath Islami akan berada di OXCIS sepanjang bulan Ramadan bermula tahun 2024.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani  Mohamad;  Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi  Abdul Rahim, Director of the Oxford Centre of Islamic Studies, Dr. Farhan Ahmad Nizami dan Kuwait Fellow, Islamic Studies, OXCIS, Datuk Dr. Afifi al-Akiti.

Berita asal: https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/69787-upsi-oxcis-meterai-perjanjian-untuk-lahirkan-pelajar-tahfiz

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)