Oleh: Erin Natasha binti Darmadie, Encik Faismuin bin Sh Yusof dan Cik Zulkhuriatul Hannah binti Mohd Yusuf

TANJUNG MALIM, 22- 29 April 2026 – Program FSK Sport Day: Game On! merupakan sebuah program tahunan anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan yang telah berlangsung dengan jayanya sepanjang 22, 25, 26 dan 29 April 2026.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) dengan kerjasama kesemua persatuan dibawah Fakulti iaitu Persatuan Geografi, Persatuan Mahasiswa Sejarah, Persatuan Tahfiz Qiraat, Persatuan Pengajian Islam, Persatuan Pendidikan Moral dan Persatuan Thuraat Islami selaras dengan matlamat Aspirasi Naib Canselor 2026.

Pelaksanaan Rabu untuk Qalbu warga fakulti bersama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara mahasiswa/wi dan kakitangan fakulti serta meningkatkan kesejahteraan fizikal serta mental.

Dari kiri: Encik Faismun bin Sh Yusof, pengarah program Ahmad Muhammad bin Jasmi, saudari Erin Natasha binti Darmadie Cik Zulkhuriatul Hannah binti Mhd Yusuf.
Pertandingan E-sport Mobile Legends yang berlansung di Dewan Kuliah Pelajar, KSAS
Pertanding bowling yang berlansung pada Rabu, 22 April 2026 di pusat Bowling UPSI, KSAS

Program ini telah dipimpin oleh Pengarah Program, Ahmad Muhammad bin Jasmi bersama dua orang penasihat hebat iaitu Encik Faismuin bin Sh Yusof dan Cik Zulkhuriatul Hannah binti Mhd Yusuf.

Hasil usaha gigih dan komitmen tinggi sepanjang tempoh persiapan kira-kira sebulan, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Hari pertama program yang berlangsung pada 22 April 2026 menyaksikan pertandingan E-Sport Mobile Legends dan bowling dijalankan.

Dalam acara e-sukan, Persatuan Geografi (PERGEO) telah muncul sebagai juara, sekali gus membuktikan kehebatan mereka dalam arena digital.

Pertandingan bola jaring dan bola tampar yang berlansung pada Sabtu, 25 April 2026 di kawasan Arena KSAS, UPSI
Pertandingan futsal yang berlangsung di padang KSAS, UPSI
Pertandingan bola sepak yang berlangsung di padang KSAS, UPSI

Bagi acara bowling pula, Persatuan Geografi turut menjuarai bagi kategori lelaki, manakala kategori perempuan dimenangi oleh Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas). Hari pertama ini jelas memperlihatkan persaingan sengit serta semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta.

Seterusnya, pada 25 April 2026, program diteruskan dengan acara bola jaring, bola tampar dan futsal. Dalam acara bola jaring, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) berjaya merangkul gelaran juara setelah menunjukkan prestasi cemerlang.

Pertandingan badminton yang berlansung di Elite Futsal and Badminton pada 26 April 2026, Ahad
Pertandingan pétanque yang berlansung pada 26 April 2026, Ahad di kawasan Arena, KSAS, UPSI
Ucapan perasmian oleh Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Prof. Ts. Dr. Norkalsum binti Mohd Isa

Bagi acara bola tampar pula, kedua-dua kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh Persatuan Pendidikan Islam (PPI), menonjolkan dominasi mereka dalam sukan tersebut. Sementara itu, acara futsal menyaksikan Persatuan Geografi sekali lagi mengungguli pertandingan dan muncul sebagai juara.

Pada 26 April 2026, beberapa acara lain telah dipertandingkan iaitu bola sepak, petanque dan badminton. Dalam acara bola sepak, Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ) telah muncul sebagai juara.

Bagi acara petanque, kedua-dua kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh Persatuan Pengajian Malaysia.

Selain itu, dalam acara badminton, kategori perseorangan perempuan dimenangi oleh Persatuan Pengajian Malaysia, manakala kategori perseorangan lelaki dimenangi oleh Persatuan Tahfiz Qiraat. Bagi kategori beregu lelaki dan perempuan pula, Persatuan Geografi sekali lagi menunjukkan kehebatan dengan merangkul kejuaraan.

Kemuncak program berlangsung pada 29 April 2026 menerusi majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Prof. Ts. Dr. Norkalsum binti Mohd Isa.

Majlis ini dimulakan dengan perarakan kotingen daripada setiap persatuan yang bertanding, diikuti dengan nyanyian lagu rasmi, bacaan doa serta ucapan perasmian. Suasana majlis amat meriah dengan kehadiran pelajar dan warga fakulti yang memberikan sokongan padu.

Dalam acara perarakan, Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) telah dinobatkan sebagai johan perarakan, manakala bagi juara keseluruhan, gelaran tersebut berjaya dirangkul oleh Persatuan Geografi (PERGEO) hasil pencapaian konsisten mereka sepanjang kejohanan.

Pengarah program bersama tetamu kehormat bagi majlis penutup FSK Sports Day: Game On!
Perarakan oleh Persatuan Geografi
Perarakan oleh Persatuan Pengajian Malaysia

Bagi anugerah individu pula, Olahragawan telah disandang oleh Aqif Shahriman dari Persatuan Geografi, manakala Olahragawati dimenangi oleh Catherine Mundu dari Persatuan Pengajian Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, Program FSK Sport Day: Game On! telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, memperkukuh kemahiran insaniah serta mengeratkan hubungan antara warga Fakulti Sains Kemanusiaan.

Perarakan oleh Persatuan Mahasiswa Sejarah
Perarakan oleh Persatuan Pendidikan Moral
Perarakan oleh Persatuan Tahfiz Qiraat

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah turut menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa dan kesemua warga FSK.

Perarakn oleh Persatuan Pengajian Islam