: Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar: Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar

Tanjung Malim – Satu program Pemindahan Ilmu (KTP) yang memfokuskan inovasi pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) telah berjaya dilaksanakan melalui pendekatan didik hibur berasaskan set permainan pendidikan “MUMTAZ9A”.

: Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar
Pelajar bermain dengan dikelolakan oleh guru dalam memastikan proses pembelajaran menerusi GBL dilaksanakan dengan baik.
 
Pelajar bermain dengan dikelolakan oleh guru dalam memastikan proses pembelajaran menerusi GBL dilaksanakan dengan baik.
 

Program ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dari Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan) bersama rakan penyelidik Dr. Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Inisiatif program pemindahan ilmu ini bertujuan memperkasa kaedah pengajaran guru khususnya dalam menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan permainan atau game-based learning (GBL) serta meningkatkan kesiapsiagaan murid menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2026.

Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar
Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar

Program ini dilaksanakan secara kolaboratif bersama tiga buah sekolah iaitu SRA al-Taqwa Proton City, Sekolah Rendah Islam Nurul Iman (SRINI) Kampung Gajah, dan SRA al-Diniah Lambor Kanan, Perak.

Menurut penyelidik, pendekatan didik hibur (edutainment) menerusi pembelajaran berasaskan permainan ini telah mengintegrasikan elemen kognitif, afektif dan psikomotor dalam proses pembelajaran.

Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar
Pelajar bermain dengan dikelolakan oleh guru dalam memastikan proses pembelajaran menerusi GBL dilaksanakan dengan baik
Pelajar bermain dengan dikelolakan oleh guru dalam memastikan proses pembelajaran menerusi GBL dilaksanakan dengan baik

Melalui penggunaan alat bantu belajar (ABB) “MUMTAZ9A” yang distrukturkan berdasarkan kandungan kurikulum Pendidikan Islam KAFA, murid bukan sahaja dapat belajar sambil bermain, malah turut menguasai teknik menjawab soalan secara sistematik.

Selain itu, set permainan pendidikan “MUMTAZ9A” juga membantu memperkukuh kemahiran tulisan Jawi dalam kalangan murid sambil mengekalkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Selain itu, pelaksanaan permainan secara berkumpulan juga telah menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan interaksi rakan sebaya.

Bergambar bersama dengan guru dan pelajar.
Bergambar bersama dengan guru dan pelajar.
Penerangan kepada guru tentang cara mengendalikan permainan MUMTAZ9A kepada pelajar

Kaedah ini membantu meningkatkan motivasi murid melalui persaingan akademik yang sihat, di samping membina kemahiran komunikasi serta penyelesaian masalah dalam kalangan mereka.

Guru yang terlibat turut menunjukkan peningkatan kompetensi dalam mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan dalam bilik darjah.

Secara keseluruhannya, program KTP MUMTAZ9A dilihat berpotensi menjadi model amalan terbaik dalam transformasi pedagogi Pendidikan Islam KAFA.

Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan dinamik, malah berupaya menyokong peningkatan pencapaian akademik murid dalam peperiksaan UPKK serta memperkukuh kualiti pengajaran pendidikan Islam di sekolah.