Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi

Tanjong Malim: Taska Permata dan Tadika Bitara NCDRC UPSI telah menganjurkan program bernuansa alam dengan pendekatan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Taska Tadika NCDRC Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), pendidik membawa pengalaman “Barbeque Picnic” manakala di Taska Tadika NCDRC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJ) pula membawa tema “Nature Camp” sambil menikmati pelbagai jenis buah-buahan. Program ini dianjurkan serentak pada 23 Ogos 2023, 9 pagi di perkarangan Taska Tadika kedua-dua kampus.

Suasana di Taska Tadika NCDRC Blok D, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJ)

Program diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC. Menurut beliau, program sebegini mampu memberikan peluang untuk kanak-kanak menjalani 3E (Explore, Experiment, Experience) dalam pengajaran mereka. Selain mendapatkan pengetahuan dan pengalaman baru, program sebegini menjadi bukti bahawa pengajaran tidak hanya terbatas untuk didalam kelas sahaja, malahan daya kreatif pendidik sangat perlu untuk menghasilkan pembelajaran berimpak tinggi bagi kanak-kanak. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi NCDRC, Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah dan Timbalan Pengarah Akademik, Perkembangan Kanak-kanak dan Sistem Data NCDRC, Dr. Masayu Dzainudin.

Dari kiri, Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid (Penyelia Tadika NCDRC KSAS), Norazlina Khairuddin (Pengurus Taska Tadika NCDRC), Prof. Madya. Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah (Timbalan Pengarah NCDRC), Dr. Masayu Dzainudin (Timbalan Pengarah NCDRC) dan Nursyazwani Ismail (Penyelia Taska NCDRC KSAS)

Menurut Puan Naziroh Romli, Pendidik Tadika Bitara KSAJ menyatakan bahawa program sebegini akan terus dianjurkan bagi memberikan keseronokan kepada kanak-kanak untuk terus suka hadir ke sekolah dan menimba pengalaman baru dalam aktiviti pengajaran harian mereka.

“Besar harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar kanak-kanak lebih suka ke sekolah dan terus menimba pengalaman yang berguna bagi diri mereka,” katanya.

Sepanjang program berlangsung, terdapat aktiviti zumba, persembahan karaoke, pemainanan santai, barbeque dan aktiviti belon bersama kanak-kanak.

Penglibatan Mahasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam penganjuran program ini jelas menunjukkan mahasiswa UPSI mampu memberi sumbangan besar dan curah bakti ke dalam industri sekaligus membawa manfaat kepada masyarakat dan komuniti.

Pendidik sedang menerangkan cara menanam pokok bunga raya kepada kanak-kanak
Kanak-kanak sedang menikmati buah durian
Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah menghasilkan belon bersama kanak-kanak
Kanak-kanak sedang menikmati ‘Fruit Skewer’ yang dihasilkan bersama
Kanak-kanak sedang membantu pendidik membakar ayam untuk dinikmati bersama