Oleh : Patricia Pashella Anak Lampon

Putrajaya: Sempena meraikan Hari Kebangsaan yang ke-66 pada tahun ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghantar 44 peserta untuk menyertai kontinjen perarakan perpaduan Malaysia Madani anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Peserta berkampung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor bersama-sama dengan peserta yang datang dari institut pengajian tinggi awam yang lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara( UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), IPGKRM, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan sebagainya.

Terdapat juga agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang terlibat menyertai kontinjen tersebut, antaranya Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Arkib Negara Malaysia (ANM).

Warga UPSI bersama IPTA turut jadi Pembaca Ikrar sempena Amanat Perdana Perdana Menteri

Para peserta berjaya memberikan komitmen penuh sepanjang latihan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya selama dua hari kemudian latihan berpusat dijalankan di Dataran Putrajaya bersama dengan kontinjen lain seperti kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM), kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

Latihan Kontinjen di Dataran Purajaya

Peserta jelas teruja dapat mewakili kontinjen, tambahan pula UPSI memberikan galakkan serta sokongan kepada mahasiswa bagi mengekalkan dan memantapkan lagi perpaduan yang terjalin antara pelajar di UPSI.

Penyertaan program perarakan seperti ini memberikan ruang kepada mahasiswa untuk meraih pengalaman yang berharga terutamanya membuat perarakan di Hari Kebangsaan Malaysia dan disaksi oleh anggota masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Dataran Putrajaya.

MPP UPSI turut turun padang bersama dengan pelajar UPSI yang lain. MPP UPSI bersedia membantu UPSI untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan memiliki semangat kecintaan yang tinggi kepada bangsa dan negara.

Exco MPP Nurul Ariqah binti Agus, 23, berasal dari Semporna, Sabah berkata, penganjuran program seperti ini oleh KPN memberikan peluang kepada anak muda menyemai rasa cinta akan negara yang lebih mendalam dan praktikal.

Exco MPP, Ng Zhen Fan Shankar berkata, penyertaan anak muda dalam program ini membolehkan mereka menyaksikan pelbagai budaya menerusi busana tradisional yang dipamerkan, mengukuhkan kemahiran komunikasi dengan masyarakat di luar sana dan membina ukhuwah yang baik dengan peserta yang datang dari universiti dan agensi yang berlainan.

“Kita percaya bahawa tema kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Madani Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan agar warga UPSI sentiasa saling hormat dan sayang antara satu sama lain, tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil bahawa konsep Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)