Oleh: Ain Husna Abu Bakar

Tanjong Malim: Pengalaman dan pencapaian membanggakan Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menguruskan pelajar antarabangsa mendorong Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melakukan kunjungan ke institut berkenaan baru-baru ini. Delegasi dari ASWARA menerusi Pusat Pengajian Pascasiswazah ASWARA itu dilakukan menjurus kepada sesi perkongsian UPSI berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.

Delegasi ASWARA yang diketuai oleh Dekan Pascasiswazah ASWARA, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Husain, hadir bersama Timbalan Dekan Pascasiswazah, Dr. Jolaina Hj. Mohd Nasseri, Ketua Program Kedoktoran Seni Kreatif, Dr. Wong Oi Min.

Sesi perkongsian dari IPS & IMC

Dr. Abdul Halim berkata perbincangan yang diadakan melibatkan Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan turut dihadiri wakil Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC). Beliau berkata ASWARA dalam proses melaksanakan penawaran program pengajian siswazah ke peringkat antarabangsa.

Dekan IPS, Prof Dr Raja Nor Safinas Raja Harun berkata penanda aras ini baik untuk keduanya bertukar pengalaman mengenai pengurusan pasca siswazah dan seterusnya berkongsi amalan terbaik bagi memperkasakan pengajian siswazah.

“Di IPS kami menitikberatkan pengalaman pembelajaran pelajar kerana kejayaan pelajar adalah penting untuk mempastikan pengalaman pembelajaran yang berterusan ini menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu sejagat dan penyelidikan yang dapat memanafaatkan masyarakat.

Sementara itu Timbalan Dekan Akademik IPS, Prof. Madya Dr. Hartini Jaafar berkata pihak UPSI amat berbesar hati menerima lawatan daripada pihak ASWARA dan berharap ia dapat memberi manfaat dalam memartabatkan bidang pendidikan sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa serta membina jaringan kerjasama di antara kedua-dua institusi.

Pihak ASWARA, katanya, memilih UPSI sebagai salah sebuah institusi untuk dijadikan lawatan penanda aras berikutan bilangan pelajar antarabangsa di peringkat pengajian siswazah UPSI melebihi seribu pelajar dan merangkumi pelbagai negara antaranya China, Indonesia, Oman, UAE, Bangladesh dan lan-lain.

Beliau berkata pihak IMC turut berkongsi berkenaan prosedur dan garis panduan melibatkan pengurusan pelajar antarabangsa yang digunapakai di UPSI.

Hadir sama Timbalan Pengarah 3 IMC, Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul Kadri bin Ayop; Timbalan Pendaftar IPS, Puan Anizan Abd Latif dan Penolong Pendaftar IPS, Puan Ruhana Eshak.

Sesi penyerahan cenderahati kepada ketua delegasi, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Husain, Dekan Pascasiswazah Aswara
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)