Tanjung Malim: Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), UPSI telah mengadakan Program Profesor Adjung bersama Profesor Ken Kazunori Nosaka dari School of Medical and Health Sciences, Edith Cowan University, Australia. Program ini  atas usaha fakulti bagi mendapatkan kepakaran beliau dari segi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta cadangan penambahbaikan yang perlu dirancang oleh pihak fakulti.

Program ini dilaksanakan buat kali kedua oleh pihak FSSK dan berlangsung selama 4 hari bermula pada 5 hingga 8 September 2023. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktviti telah dijalankan seperti “Eccentric Exercise With Prof Ken”, Meet and Greet Session With FSSK Members, Talk “Let’s Enjoy Research: Study Design, Data Collection And Analyses, Writing A Manuscript”, Workshop on “Let’s Get Eccentric!”. Program ini turut sama dihadiri oleh kakitangan dan pelajar Pasca Siswazah serta Diploma yang sedia ada di fakulti.

Menurut Dekan FSSK, Dr. Jaffry Zakaria “program Profesor Adjung ini adalah memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk menimba pengalaman mengajar di peringkat antarabangsa. Dengan perkongsian kemahiran dan idea baru bakal memberikan impak  dalam proses pengajaran dan pembelajaran di fakulti”.

Penyelaras Program Profesor Adjung FSSK, Dr Nor Aijratul Asikin Mohamad Shalan,berkata “program ini adalah salah satu langkah bagi merealisasikan integrasi akademik melalui  pengalaman dan kepakaran bidang Profesor Pelawat tersebut”.

Program ini diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dalam merealisasikan KPI UPSI ke peringkat antarabangsa.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)