Oleh: Aina Norani, Nur Syamimi Athilah, Nurin Zahreena
Tanjong Malim– Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sidang 2023/2024 telah mengadakan Minggu Destinasi Ukhwah Kolej Aminuddin Baki 2023 bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki pada 21 Oktober yang lalu. Program ini dijalankan selama dua hari iaitu bermula 21 hingga 22 Oktober yang melibatkan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Tahun 2023/2024 ambilan Oktober.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bermula dari sesi ice breaking bagi mengenali antara satu sama lain. Selain itu, taklimat berkaitan peraturan-peraturan kolej, sesi bersama Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki dan Aktiviti Explorace. Modul aktiviti explorace ini juga bagi mencungkil bakat baharu dalam pencarian rakan exco di samping meningkatkan kemahiran insaniah sepanjang berada di Kolej Aminuddin Baki dan Universiti Pendidikan Sultan Idris umumnya.
Pengetua Kolej Aminuddin Baki (KAB), Prof. Madya Dr. Syed Ismail bin Syed Mohamad menyatakan hasrat beliau kepada penghuni baru untuk menerapkan nilai-nilai yang positif sebagai penghuni Kolej Aminuddin Baki semasa ucapan Penutup Minggu Destinasi Ukhwah. Beliau mengucapkan tahniah diatas kejayaan penganjuran program di bawah penasihatan Encik Firdaus bin Jasmani bersama Nurul Izzah binti Nor Azmi selaku pengarah program yang juga merangkap Exco Penginapan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sidang 2023/2024.
Diharapkan program ini mampu memberi impak agar jalinan yang terbina sepanjang program dapat merapatkan hubungan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sidang 2023/2024 bersama penghuni kolej bagi memudahkan segala gerak kerja program yang telah dirancang dalam merealisasikan hasrat kecemerlangan sebagai anak kandung Suluh Budiman samada di peringkat antarabangsa mahupun global.